Sekolah
Idaman Saya
Pendahuluan:
Sekolah merupakan institusi formal
yang menyediakan tempat untuk pelajar menimbailmu
pengetahuan – sekolah ibarat rumah kedua kepada
pelajar – sebagai rumahkedua, sewajarnya sekolah mempunyai
ciri-ciri yang lengkap untuk memberikankeselesaan kepada para penghuninya.
Isi-isi:
1.
Untuk memastikan setiap pelajar memperoleh ilmu
pengetahuan yangsewajarnya, mereka memerlukan warga guru yang bertanggungjawab
dan komited terhadap tugas menyampaikan ilmu
pengetahuan – guru-guru perlu menyemaikan perasaan kasih sayang
kepada anak didiknya supaya mereka akan sentiasa dihormati dan bukan ditakuti.
2.
Sekolah idaman juga merupakan sebuah sekolah yang
mempunyai pelajar yang berdisiplin – disiplin yang baik menjadi
asas kepada suasana sekolah yang tenteram dan harmoni – keadaan
sekolah yang tidak terkawal kerana masalah disiplin pelajar, sudah pasti akan
mengganggu proses pembelajaran.
3.
Sekolah idaman haruslah memiliki kemudahan fizikal yang
lengkap – membolehkan pelajar belajar dengan selesa – para
guru
mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran – contohnyasekolah
dilengkapi dengan perpustakaan, makmal komputer, dan pusat akses.
4.
Kebersihan merupakann aspek yang penting dalam
kehidupan – persekitaranyang bersih dan landskap yang menarik
akan memberikan ketenangan danketenteraman kepada setiap warga di sekolah.
Penutup:
Sekolah ibarat sebuah
rumah – kita memerluan sebuah rumah yang cantik, selesa, dan tenteram
untuk didiami – begitu juga halnya dengan peranan sekolah
sebagai tempat pelajar menimba ilmu pengetahuan
0 Komen:
Catat Ulasan