dalam menghasilkan perenggan penulisan
Bahasa Melayu Cikgu Qamarul
Abdullah
Perenggan A+ 4 Unsur
Setiap perenggan hendaklah mengandungi 4 unsur ;
a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.
b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.
c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang
yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.
d. Penegasan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan
Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya
kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak
mematuhi undang-undang jalan raya (AI). Kebanyakan mereka terutamanya pemandu
kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi
undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain
(AH). Keadaan
ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong
barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan
berkembar, dan berhenti di petak kuning (AC). Hal ini jelas
menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab
mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya (AP).
Setiap perenggan hendaklah mengandungi 5 unsur ;
a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.
b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.
c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang
yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.
d. Huraian Contoh (ayat huraian contoh)
• Menghuraikan contoh yang diberikan
e. Penegasan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan
Contoh Perenggan 5 Unsur
Sejarah juga telah dikenal pasti
sebagai elemen penting membantu mempercepat pembangunan sesebuah negara (Ayat
Isi). sesebuah
negara akan terus jumud sekiranya tidak mahu belajar daripada sejarah silam
(Ayat Huraian). Negara-negara
seperti Jepun, Korea, Vietnam pada awalnya pernah hancur akibat bahana
peperangan yang melanda (Ayat Contoh). Namun, dengan kekuatan rakyatnya
menilai semula sejarah, justeru mereka bangkit untuk membajai semangat
patriotisme menjadi bangsa yang berjaya (Ayat Huraian Contoh). Benarlah hakikat
bahawa, rakyat yang kenal sejarah asal usul dan jatuh bangunnya bangsa mereka
sahaja yang mampu bangun untuk mengorak langkah semula (Ayat Penegasan).
Setiap perenggan hendaklah mengandungi 6 unsur ;
a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.
b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.
c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang
yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.
d. Huraian Contoh (ayat huraian contoh)
• Menghuraikan contoh yang diberikan
e. Ungkapan Menarik (ayat ungkapan menarik)
• Mengemukakan peribahasa yang bersesuaian (bidalan, pepatah,
perumpamaan, simpulan bahasa), Kata-kata hikmah, kata-kata orang-orang tua,
hadis dan ayat suci Al-Quran (sekiranya ada). boleh juga meletakkan puisi
(pantun, seloka, gurindam, petikan sajak) dan rangkap lagu.
f. Penegasan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan
Contoh Perenggan 6 Unsur
Kebersihan yang nyata adalah
yang tampak pada zahirnya (AI). Walau bagaimanapun, kebersihan yang
hakiki hendaklah bermula dengan kebersihan batiniah. Oleh itu, saya amat cakna
dalam urusan kebersihan sama ada zahir mahupun batin. Aura yang terpancar pada
wajah menjadi bacaan hati dalam diri seseorang (AH). Dalam hal ini Imam
Al-Ghazali dalam nukilannya pernah menyatakan, "Mahu melihat kecantikan
diri bercerminlah, sebaliknya mahu melihat kecantikan batin bercerminlah pada
wajah" (AC). Oleh
itu, sebelum zahir dilihat cantik, saya perlu menghiasi jiwa dan rohani.
Apabila saya mengamalkan sifat-sifat seperti takwa, bersyukur dan amanah
merupakan santapan jiwa yang akhirnya akan terpancar pada pengamalnya (AHC). Hal demikian amatlah tepat dengan
kata-kata dalam lirik 'Wajah Cerminan Hati' dendangan penyanyi tersohor
1960-an, iaitu A.Ramlie, yang berbunyi;
Andai
hati tak sayang wajahmu lain sekali,
Andai
hatimu jujur, wajah cerminan hati.
(UM)
melalui
lirik ini jelaslah, kebersihan bukan sahaja dinilai dari sudut zahir sahaja
malah kesucian batiniah juga perlu dalam dalam menjaga kebersihan diri secara
total. (AP)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cikgu boleh tak unsur ini disusun semula?
Boleh. Ikut kesesuaian.
Contoh.
Dipetik daripada kata-kata
sepotong Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, "Pilihlah rakan yang
betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan penjual minyak wangi nescaya bauan
kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan
seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu"
(Ungkapan Menarik). Demikianlah
betapa pentingnya pengaruh kawan dalam kehidupan kita (Ayat Isi). sebagai remaja
dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana bersahabat
menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita (Ayat Huraian). Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang
berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai,
tetapi rakan menangis seorang diri (Huraian Contoh). Tamsilan terbaik
yang boleh diambil pengajaran adalah dari filem 'Anakku Sazali' karya seniman
agung Tan Sri P. Ramli. melalui filem ini menunjukkan karekter Sazali menjadi
jahat akibat pengaruh rakan sebaya sehinggakan mengingkari ayahnya sendiri
(Ayat Contoh). Oleh itu, banyak ciri rakan
yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari
kemudian (Ayat Penegas).
latihan
0 Komen:
Catat Ulasan