Rumus Isi Perenggan 4 Unsur
IsiHuraianContohPenegas
Isi
Huraian
Contoh
Penegasan/Kesimpulan
Contoh Ayat:
Antara
langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan
pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah.(I) Hal ini
demikian kerana dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat
disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita.(H) Sebagai
contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara
hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami
oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha untuk
mencapai kemerdekaan.(C) Dengan
ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk
mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila
mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah
Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran
Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh
terkemuka yang telah banyak berjasa
kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi jasa-jasa
yang telah ditaburkan. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan
mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan
sesuatu perkara demi keadilan negara.(H) Oleh itu, mempelajari mata
pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik
dan mempunyai semangat cinta akan tanah air. kemerdekaan.(P/K)
0 Komen:
Catat Ulasan