Panduan
Mudah Mencipta Pantun
Oleh
: Mohd. Fauzi bin Abdullah
IPGM
Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Kemahiran mencipta
pantun adalah salah satu daripada kemahiran menulis yang harus dipelajari oleh
pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kesusasteraan Melayu..
Sebagai bahan kreatif, penciptaan pantun seharusnya digubah menggunakan bahasa
yang indah, puitis dan berkesan bagi menyampaikan pemikiran.
Ciptaan juga harus
mengikut prinsip ciptaan puisi terutama puisi tradisional yang agak terkawal
sifatnya. Berikut diberikan panduan ringkas tentang proses kreatif mencipta
pantun.
Langkah 1
Latihan
perbendaharaan kata 1.
- Perlu mencari dan menyenaraikan
sebanyak mungkin perkataan sama ada perkataan baru atau perkataan lama
(arkaik).
- Penggunaan kamus sangat
digalakkan.
- Sebagai permulaan bolehlah
senaraikan 50 perkataan dan tambahlah dari semasa ke semasa.
- Senaraikan perkataan yang
berkaitan dengan nama objek atau unsur alam bagi dijadikan pembayang
pantun.
- Selain menyenarai, juga perlu
mengetahui, mengenali dan memahami makna, bentuk dan sifat objek
berkenaan.
- Laksanakan dengan cara membuat
buku skrap atau buku catatan khas.
|
Nama/ perkataan
Gambar/ lakaran/ lukisan
Keterangan ringkas (erti, sifat, bentu dll)
|
- Pada peringkat awal, bolehlah
menyenaraikan nama-nama objek alam yang biasa digunakan dalam percakapan
harian atau biasa ditemukan dalam buku teks sekolah, akhbar harian atau
dalam karya sastera tradisional atau moden.
- Perkataan berkenaan mungkin
berkaitan dengan alam buana (seluruh isi darat/ laut/ air) atau alam
dirgantara (seluruh isi angkasa raya).
Langkah 2
- Susunlah
perkataan berkenaan mengikut kelompok masing-masing.
Contoh :
Objek daratan
§ Nama tumbuhan/ pokok : jati, merbau,
rambutan, langsat, pisang
§ Bunga-bungaan : melati, kemboja, sena,
kiambang, cempaka
§ Buah-buahan : rambutan, manggis, tembikai
§
Sayuran : lobak, petola, peria, cabai,
kangkung
§ Binatang dan
unggas: harimau, jengking, labah-labah, beruang, semut, Geofizikal
daratan : gunung, sungai, lembah, paya, jurang, pulau
Objek air/
lautan
§ Nama ikan sungai, paya dan kolam : keli,
sepat, haruan, talapia,
§ Nama ikan lautan : kerisi, tamban, selar,
tenggiri
§ Geo fizikal lautan/ sungai : pantai, selat,
ombak, tebing, muara
Objek angkasa
raya
§ Bulan
§ Bintang
§ Matahari, suria
Nama-nama lain
§
Kisah / cerita : sejarah, mitos, legenda,
cerita rakyat
§
Tokoh sejarah : Hang Tuah, Bahaman, Mat
Kilau
§ Anasir alam : banjir,
bah, ribut, taufan, gempa
§ Benda kegunaan harian : tikar, permaidani,
tudung saji, meja, kerusi
§ Perkakas rumah : radio, senduk belanga,
§ Perhiasan : gambar, lukisan, arca, pasu
§ Nama negeri : Pahang, Melaka, Johor
§ Nama pengangkutan darat, air, angkasa : kereta,
perahu, kapal terbang
Langkah 3
Latihan perbendaharaan kata 2
- Senaraikan objek/ sikap/ sifat
manusia
- Digunakan bagi membina bahagian
maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat.
§ Anggota tubuh : kepala kaki, tangan, mata, mulut, lutut, perut
§ Sifat : gemuk,
pendek, putih, panjang, kurus, tinggi, cantik, cerdik.
§ Sikap : rajin,
malas, bijak pemarah, berani, baik hati, tanggungjawab
Langkah 4
Latihan Membina Skima Rima/ Bunyi
Susun atau
padankan perkataan mengikut bunyi suku kata hujung yang sama bermula dengan …ba
hingga …baz , seterusnya …ca hingga …caz , dan berikutnya,
mengikut turutan huruf yang sesuai.
|
lumba-lumba
|
Kesumba
|
Tiba
|
Cuba
|
tuba
|
|
Lembab
|
Sebab
|
Kebab
|
Rebab
|
sembab
|
|
Lebah
|
Sembah
|
Rebah
|
Kubah
|
gubah
|
|
Rambai
|
Cabai
|
Lebai
|
Tibai
|
lambai
|
|
Kerbau
|
Taptibau
|
Lembau
|
Imbau
|
Rembau
|
Langkah 5
Latihan
menyusun kalimat/ ayat (1)
Membina frasa
pembayang maksud
- Berdasarkan senarai kata yang
dikumpulkan, susun untuk dijadikan kalimat, frasa atau ayat yang bermakna.
- Untuk membina pembayang maksud
pantun, pilih perkataan yang menggambarkan unsur/ objek alam (binatang,
tumbuhan, bungaan, geofizikal, objek angkasa raya)
- Sebaiknya
objek alam itu objek yang indah sama ada dipandang, didengar, dirasa,
digambarkan.
- Sebaiknya
terdiri daripada 4 patah kata dan 8-12 sukukata sebaris
- Cantumkan dengan perkataan lain
bagi menghasilkan bahasa yang indah dan sedap didengar.
- Pastikan sukukata hujung mempunyi
bunyi (rima) berselangan iaitu ab.
- Sebaiknya
ada hubungan makna (cerita) antara baris pertama dan baris kedua.
Contoh :
Lumba-lumba di teluk dalam,
Hilir mudik main gelombang
Anak kerbau bermain
paya,
Mati tersepit punggur rebah,
Manis rasanya buah rambai,
Mari dimakan pagi hari,
Langkah 6
Latihan menyusun kalimat / ayat (2)
Membina Maksud Pantun
- Pilih perkataan yang mengandungi
unsur manusia.
- Pastikan rima hujung berselangan
ab;ab
- Susun empat patah perkataan / 8-12
suku kata sebaris
Contoh :
Sungguh manis
wajahmu puan,
Sekali pandang rasa tak puas.
Kalau hidup selalu
berbudi,
Sepanjang masa dikenang orang.
Jika hendak
menjadi pandai,
Rajin-rajinlah membaca buku.
Langkah 7
Latihan Membina
Pantun Lengkap
- Tetapkan tema pantun yang hendak
dicipta
- Ikut ciri bentuk pantun (empat
baris, 4 patah perkataan, skima rima hujung ab;ab, ada pembayang dan ada
maksud)
- Fikir
dan tuliskan baris maksud dahulu.
- Kemudian
barulah difikirkan padanan baris pembayang.
Contoh :
Tema : Keilmuan
Tuliskan dahulu baris maksud.
……………………………
Jika hendak menjadi pandai,
Rajin-rajinlah membaca
buku.
Kemudian fikirkan baris pembayang
Pakai baju kain cindai,
Koyak sedikit terkena kuku;
……………………………..
Cantum dan susunkan empat baris berkenaan menjadi
Pakai baju kain cindai,
Koyak sedikit terkena kuku:
Jika hendak menjadi pandai,
Rajin-rajinlah membaca
buku.
Langkah
8
Latihan Mengedit Pantun
- Fikir semula tiap patah perkataan
yang dipilh sebagai pembayang atau maksud sama ada mempunyai sifat puitis
atau tidak.
- Apakah perkataan yang dipilih bagi
bahagian pembayang sesuai untuk menggambarkan rasa bagi maksud
pantun.
- Perhatikan adakah bunyi rima
tengah pantun tersebut berselangan ab;ab seperti bunyi hujung ab;ab.
- Fikirkan sama ada maksud pantun
berkenaan digambarkan secara langsung atau berkias.
- Fikirkan apakah perkataan yang
pilih berupaya menggambarkan kod budaya masyarakat.
- Fikirkan apakah ada perkataan yang
boleh menjadi kata kunci bagi menggambarkan maksud keseluruhan rangkap
pantun berkenaan.
- Fikirkan juga logik makna bagi
idea pantun tersebut.
Bagi contoh pantun
yang diciptakan tadi, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan.
Antaranya memadan
dan memilih perkataan kedua tiap baris bagi membentuk skima rima tengah yang
berselangan ab;ab sama seperti skima rima hujung.
Mungkin bahasa
pantun ini menjadi lebih puitis dan sedap dilafazkan, jika diubah begini :
Pakai terendak berkain
cindai,
Koyak sebelah terkena kuku:
Jika hendak menjadi pandai,
Rajin-rajinlah
membaca buku.
Mencipta pantun
memerlukan kesabaran dan penguasaan bahasa yang banyak dan teliti. Namun dengan
latihan berterusan dan kesabaran tinggi, anda pasti mampu menjadi seorang
pencipta dan pemantun yang baik.
Sekian.