KEHENDAK SOALAN:
Manfaat-manfaat pendidikan tanpa batasan.
1.
Murid perlu menghuraikan manfaat-manfaat
pendidikan tanpa batasan.
2.
Murid perlu menyentuh semua bahan sama ada
sebagai idea utama, idea sampingan atau sebagai contoh.
3.
Sekiranya murid menyentuh semua bahan dan
menambah idea lain berkaitan manfaat-manfaat pendidikan tanpa batasan – Tanda
Seperti Biasa
4.
Sekiranya murid tidak menyentuh semua
bahan- Maksimum kepujian
5.
Jika murid menulis lebih daripada 210
patah perkataan atau hingga ayat akhir- maksimum kepujian
6.
Jika murid menulis kurang daripada 140
patah perkataan- Maksimum Memuaskan
CADANGAN ISI (2 isi dihuraikan)
·
Menjimatkan
kos
·
Membolehkan
seseorang menuntut ilmu tanpa mengira masa
CONTOH JAWAPAN:
Manfaat-manfaat
Pendidikan Tanpa Batasan
Pada era globalisasi ini, pendidikan tanpa batasan
semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden. Perkembangan teknologi
digital dan Internet telah membuka ruang kepada semua orang untuk menuntut ilmu
dengan lebih mudah dan pantas. Persoalannya, apakah manfaat-manfaat pendidikan
tanpa batasan kepada masyarakat?
Salah satu manfaat pendidikan tanpa batasan ialah
seseorang dapat menuntut ilmu pada bila-bila masa. Hal ini dikatakan demikian
kerana pelbagai bahan pembelajaran boleh diakses hanya di hujung jari tanpa
terikat dengan waktu persekolahan. Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan
platform seperti Google Classroom dan Kahoot untuk mengulang kaji pelajaran
pada waktu malam atau hujung minggu. Keadaan ini dapat meningkatkan kefahaman
pelajar sekali gus melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan. Jelaslah
bahawa pendidikan tanpa batasan mampu menjadikan proses pembelajaran lebih
fleksibel dan efektif.
Selain itu, pendidikan tanpa batasan juga dapat
menjimatkan kos pembelajaran. Murid tidak perlu berulang-alik ke pusat tuisyen
kerana kelas boleh diikuti secara dalam talian dari rumah. Sebagai contoh,
pelajar hanya memerlukan telefon pintar atau komputer riba serta capaian
Internet untuk menghadiri kelas maya. Situasi ini dapat mengurangkan perbelanjaan
pengangkutan dan masa perjalanan ibu bapa kerana masa itu emas.
Kesimpulannya,
pendidikan tanpa batasan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat khususnya pelajar.
Oleh itu, semua pihak hendaklah memanfaatkan kemajuan teknologi demi
meningkatkan mutu pendidikan negara. Saya berharap agar pendidikan digital
terus berkembang supaya dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, kreatif dan
berdaya saing di persada dunia.
0 Komen:
Catat Ulasan