Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

USAHA MENGATASI MASALAH MURID TERCICIR DALAM PENDIDIKAN

 

kredit: Utusan Malaysia



ANALISIS SOALAN:

Tema: Pendidikan

Kata Kunci/Fokus Soalan : Usaha-usaha pelbagai pihak untuk memastikan tiadanya murid tercicir dalam pendidikan.



1. Murid perlu menghuraikan usaha pelbagai pihak untuk memastikan tiadanya murid tercicir dalam pendidikan selain yang berada di dalam– Layak Cemerlang

2. Sekiranya murid menyentuh usaha yang berada di dalam petikan dan menambah usaha-usaha lain - Maksimum Kepujian.

3. Sekiranya murid hanya menghuraikan satu usaha sahaja – Maksimum Baik.

4. Sekiranya murid hanya menghuraikan satu pihak sahaja – Maksimum Baik.

5. Sekiranya murid menghuraikan selain daripada usaha pelbagai pihak untuk memastikan tiadanya murid tercicir dalam pendidikan – Maksimum Penguasaan Minimum.



CADANGAN ISI: 

• Ibu bapa haruslah memainkan peranan untuk memastikan anak tidak tercicir dalam pendidikan

• Kerajaan memberi bantuan kewangan

• Pihak berkuasa mengetatkan undang-undang berkaitan pendidikan

• Pihak sekolah perlu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah



CADANGAN JAWAPAN:


    Isu keciciran murid dan pengabaian pendidikan formal merupakan masalah serius yang semakin membimbangkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Masalah ini bukan sahaja menjejaskan masa depan individu, malah turut memberi kesan kepada pembangunan modal insan negara. Fenomena ketidakhadiran berterusan ke sekolah sering dikaitkan dengan faktor kemiskinan, kekurangan akses pendidikan berkualiti, masalah keluarga serta kurangnya motivasi dalam kalangan murid. Walaupun pihak sekolah telah melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, usaha daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk membanteras isu ini. Oleh itu, langkah-langkah yang lebih menyeluruh perlu diambil bagi memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang sempurna.

    Usaha utama mengatasi isu ini ialah pihak kerajaan perlu memperkasakan bantuan kewangan dan kebajikan kepada murid yang berisiko tercicir. Bantuan seperti biasiswa, bantuan awal persekolahan dan Rancangan Makanan Tambahan dapat meringankan beban keluarga miskin. Hal ini penting supaya murid tidak menjadikan faktor kewangan sebagai alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Sebagai contoh, bantuan seperti Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) membantu murid daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan persekolahan. Kesannya, kadar keciciran murid dapat dikurangkan secara signifikan. Tegasnya, bantuan kewangan merupakan asas penting dalam memastikan akses pendidikan yang saksama kepada semua.

    Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan perlu menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan pendidikan kepada semua murid. Pendidikan wajib perlu dipastikan dipatuhi oleh ibu bapa dan penjaga agar tiada murid yang tercicir daripada sistem persekolahan. Hal ini termasuk tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang cuai menghantar anak ke sekolah tanpa alasan munasabah. Sebagai contoh, pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan pendidikan rendah dapat memastikan setiap kanak-kanak mendapat hak mereka. Kesannya, kadar ponteng sekolah dapat dikurangkan dan disiplin murid dapat dipertingkatkan. Jelaslah bahawa penguatkuasaan undang-undang amat penting dalam menangani isu keciciran secara berkesan.

    Di samping itu, pihak sekolah juga boleh melaksanakan Program Ziarah Cakna sebagai usaha mendekati murid yang bermasalah. Program ini melibatkan guru-guru melawat rumah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah untuk mengenal pasti punca masalah. Melalui pendekatan ini, guru dapat berhubung secara langsung dengan ibu bapa dan memberikan nasihat serta sokongan yang sewajarnya. Sebagai contoh, guru kaunseling boleh membantu memberikan motivasi serta merancang intervensi khusus kepada murid yang berisiko tercicir. Kesannya, hubungan antara sekolah dan keluarga menjadi lebih erat serta masalah dapat ditangani dengan lebih berkesan. Tegasnya, pendekatan turun padang ini sangat membantu dalam memastikan murid terus kekal dalam sistem pendidikan.

    Kesimpulannya, isu keciciran murid perlu ditangani secara holistik oleh semua pihak agar tidak terus menjejaskan masa depan generasi muda. Semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang sempurna. Dengan usaha berterusan, negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing. Justeru, semua pihak haruslah sedar bahawa usaha melentur buluh biarlah dari rebungnya amat penting agar masalah keciciran ini dapat dibendung sebelum menjadi lebih parah.

 


0 Komen:

Catat Ulasan

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy