Syair Bidasari - Jamilah Hj
Ahmad
Rangkap 1- Raja Kembayat
dan permaisurinya telah sampai ke sebuah hutan kerana melarikan diri, tubuh
baginda dipenuhi luka akibat terkena duri rotan. Permaisurinya pula sedang
sarat mengandung.
Rangkap 2 - Baginda terasa
begitu sakit apabila melihat permaisuri yang tidak mampu berjalan lagi. Baginda
terpaksa memimpin permaisuri agar dapat terus berjalan.
Rangkap 3 - Baginda akan
menuruti kehendak permaisuri kerana baginda terlalu sayang ditambah
dengan keadaan permaisuri yang sedang mengandung.
Rangkap 4 -Setelah dua
bulan dua hari lamanya perjalanan. Baginda sudah tidak berupaya untuk berjalan
lagi kerana terlalu lemah dan lesu. Baginda berhenti di sebuah desa.
Rangkap 5 - Baginda
meneruskan perjalanan yang sukar dan tiba di sebuah kampung kepunyaan
seorang saudagar. Baginda hanya berhenti di luar kampung untuk menghilangkan
rasa letihnya.
Rangkap 6 - Baginda
berkata baginda tidak berani untuk masuk ke kampung kerana tidak tahu
siapa pemiliknya lebih baik baginda tinggal di situ sahaja.
Rangkap 7 -Permaisuri
menangis lalu mengatakan bahawa sakit perutnya tanda hampir untuk
bersalin.
Rangkap 8 - Baginda
terlalu susah hati kerana permaisuri hendak bersalin sehingga tiada lagi
kata-kata yang dapat baginda ucapkan.
Rangkap 9 - Baginda
memujuk permaisuri agar terus berjalan mencari perhentian yang berhampiran
dengan sungai.
Rangkap 10 - Baginda
memimpin permaisuri berjalan beberapa langkah sahaja mereka berhenti. Mereka
mencari perhentian yang berhampiran sungai.
TEMA
Menceritakan Raja Kembayat
Negara dan Permaisurinya yang sedang melarikan diri telah tiba di sebuah hutan.
Mereka telah tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat mengandung telah
tiba waktu untuk bersalin. Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang
berhampiran dengan sungai.
PERSOALAN
1. Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha
mencari kehidupan yang lebih terjamin.
2. Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang
tersayang.
3. Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
