Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

Nota Syair Bidasari Tingkatan 4

 

Syair Bidasari - Jamilah Hj Ahmad

Rangkap 1- Raja Kembayat dan permaisurinya telah sampai ke sebuah hutan kerana melarikan diri, tubuh baginda dipenuhi luka akibat terkena duri rotan. Permaisurinya pula sedang sarat mengandung.

Rangkap 2 - Baginda terasa begitu sakit apabila melihat permaisuri yang tidak mampu berjalan lagi. Baginda terpaksa memimpin permaisuri agar dapat terus berjalan.

Rangkap 3 - Baginda akan menuruti kehendak permaisuri kerana baginda terlalu sayang  ditambah dengan keadaan permaisuri yang sedang mengandung.

Rangkap 4 -Setelah dua bulan dua hari lamanya perjalanan. Baginda sudah tidak berupaya untuk berjalan lagi kerana terlalu lemah dan lesu. Baginda berhenti di sebuah desa.

Rangkap 5 - Baginda meneruskan perjalanan yang sukar dan tiba di sebuah kampung  kepunyaan seorang saudagar. Baginda hanya berhenti di luar kampung untuk menghilangkan rasa letihnya.

Rangkap 6 - Baginda berkata baginda tidak berani untuk masuk ke kampung  kerana tidak tahu siapa pemiliknya lebih baik baginda tinggal di situ sahaja.

Rangkap 7 -Permaisuri menangis lalu mengatakan bahawa sakit perutnya tanda hampir  untuk bersalin.

Rangkap 8 - Baginda terlalu susah hati kerana permaisuri hendak bersalin sehingga tiada lagi kata-kata yang dapat baginda ucapkan.

Rangkap 9 - Baginda memujuk permaisuri agar terus berjalan mencari perhentian yang berhampiran dengan sungai.

Rangkap 10 - Baginda memimpin permaisuri  berjalan beberapa langkah sahaja mereka berhenti. Mereka  mencari perhentian yang berhampiran sungai.

 


TEMA

Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang melarikan diri telah tiba di sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat mengandung telah tiba waktu untuk bersalin. Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan sungai.

 

PERSOALAN

1.         Persoalan  perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha mencari kehidupan yang lebih terjamin.

2.         Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang tersayang.

3.         Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.

 

BENTUK

1.         Terdiri daripada 10 rangkap.

2.         Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.

3.         Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata.

4.         Gagahilah sedikit perlahan-lahan (3 perkataan)

5.         Teruslah ke kampung seorang saudagar (5 perkataan)

6.         Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.

7.         Oleh baginda pimpin jari  (9 suku kata)

8.         Sampailah baginda ke dalam hutan (13 suku kata)

9.         Rima akhir syair ini ialah aaaa

10.        Syair ini adalah puisi terikat.

 

 

GAYA BAHASA

1.         Asonansi -Pengulangan huruf vokal -  masyghul baginda tiada terkira-kira vokal (a)

2.         Aliterasi -  sambil baginda memimpin puteri konsonan (m)

3.         Kata ganda  -  berkerat-keratan, perlahan-lahan, terkira-kira

4.         Bahasa  klasik-  durah, lesuh, masyghul

5.         Peribahasa-  hilanglah budi

 

NILAI

1.         Nilai kesabaran. Setiap insan harus bersabar dalam mengharungi rintangan kehidupan.

2.         Nilai pengorbanan. Dalam usaha mencapai kebahagiaan seseorang perlu berkorban untuk orang yang dikasihi.

3.         Nilai keprihatinan. Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.

 

PENGAJARAN

1.         Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar hidup lebih bermakna.

2.         Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh bahagia.

3.         Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.

0 Komen:

Catat Ulasan

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy