GURINDAM BEBERAPA PETUA
HIDUP
MAKSUD
Rangkap 1
Orang yang kurang berfikir
dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah.
Rangkap 2
Sesiapa yang bercakap
kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.
Rangkap 3
Sesiapa yang suka bergaduh
sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan.
Rangkap 4
Sekiranya mempelajari ilmu
separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam kehidupan
Rangkap 5
Ilmu pengetahuan boleh
diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.
Rangkap 6
Dunia merupakan tempat
untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari
rakan yang sesuai.
Rangkap 7
Sesiapa yang melakukan
kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.
Rangkap 8
Orang yang menganiayai
orang lain akan dimurkai oleh Tuhan.
TEMA
Nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan yang perlu ada dalam
diri setiap insan/seseorang
PERSOALAN
1. Persoalan berfikiran
baik dalam kehidupan.
Contoh : ( R1) Kurang
fikir kurang siasat
Tentu dirimu kelak sesat
2. Menjaga percakapan
sesama insan.
Contoh ; (R2) Kalau mulut tajam dan kasar
Boleh ditimpa bahaya besar
3. Persoalan memilih
rakan baik dalam pergaulan.
Contoh (R6) Dunia ini taman pergaulan
Hendaklah pilih
sahabat dan taulan
4. Persoalan berbudi
dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia.
Contoh : (R7) Barang
siapa berbuat jasa
Mulia namanya segenap masa
5. Persoalan tentang
setiap perbuatan akan ada balasan.
Contoh : (R8) Barang siapa berbuat khianat
Tuhan
kelak memberi laknat.
Persoalan
1. Kegigihan
dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
manusia.
2. Kesungguhan
dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam
membuat sebarang tindakan.
4. Ketekunan dalam
menuntut ilmu.
5. Sanjungan
masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama
dan budaya tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan
Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.
Bentuk Gurindam
1. Gurindam “Beberapa Petua Hidup”
ialah puisi terikat/tidak bebas.
2. Gurindam ini terdiri
daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap
rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Baris
pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam setiap baris
hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah
perkataan dalam sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap
baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku
kata.
6. Rima akhir gurindam ialah aa.
Gaya Bahasa dan Keindahan
Bunyi
1. Antara unsur gaya
bahasa yang terdapat dalam gurindam ”Beberapa Petua Hidup” termasuklah
:
a) Kata arkaik (kata
klasik). Contohnya: upas
b) Kata pinjaman bahasa Arab.
Contohnya: khianat; laknat
c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk
lurus kelengkeng berkait
e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin,
racun dan upas.
f) Metafora. Contohnya: mulut
tajam dan kasar; taman pergaulan
g) Inversi. Contohnya: Tentu
dirimu kelak tersesat.
2. Antara unsur keindahan
bunyi yang digunakan termasuklah:
a) Asonansi. Contohnya:
i. Perulangan
vokal a: Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat
pengulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.
ii. Perulangan
vokal i: Manusia dikenal sifat budinya
Dalam contoh ini, terdapat
perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.
b) Aliterasi. Contohnya:
i. Perulangan
konsonan s: Supaya terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat
perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.
ii. Perulangan
konsonan t: Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat
perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua kali.
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya,
kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan
sebagai sebuah taman pergaulan.
2. Nilai rasional. Contohnya,
kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
3. Nilai kesopanan. Contohnya,
kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
4. Nilai kerajinan. Contohnya,
kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
5. Nilai mengenang
jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang
masa.
6. Nilai kerjasama. Contohnya,
sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
7. Nilai baik
hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama
manusia.
8. Nilai setia
kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa
mendorong rakannya ke arah kebaikan.
Pengajaran
1. Kita
hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih
dahulu sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
2. Kita
mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke
jalan yang lurus dan benar.
3. Kita
perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang
lain untuk mengelakkan sengketa.
4. Kita
mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
menambahkan pengetahuan.
5. Janganlah
kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh
menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
6. Janganlah
kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu
sendiri berada dalam kesusahan.
7. Kita
hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.
LATIHAN GURINDAM BEBERAPA
PETUA HIDUP
(i) Apakah
maksud rangkap kedua gurindam di
atas?
[2
markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(ii) Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu berwaspada ketika menuturkan kata-kata
kepada seseorang?
Nyatakan tiga alasan
anda.
[3 markah]
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Jelaskan
dua nilai murni yang terkandung dalam gurindam tersebut.
[4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
0 Komen:
Catat Ulasan