Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

Rumus Perenggan 6 Unsur

 

Rumus Perenggan 6 Unsur

 

Setiap perenggan hendaklah mengandungi 6 unsur ;


a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.

b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.

c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.

 

d. Huraian Contoh (ayat huraian contoh)

• Menghuraikan contoh yang diberikan

 

e. Ungkapan Menarik (ayat ungkapan menarik)

• Mengemukakan peribahasa yang bersesuaian (bidalan, pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa), Kata-kata hikmah, kata-kata orang-orang tua, hadis dan ayat suci Al-Quran (sekiranya ada). boleh juga meletakkan puisi (pantun, seloka, gurindam, petikan sajak) dan rangkap lagu.

 

f. Penegasan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan

 

Contoh Perenggan 6 Unsur

 

          Kebersihan yang nyata adalah yang tampak pada zahirnya (AI). Walau bagaimanapun, kebersihan yang hakiki hendaklah bermula dengan kebersihan batiniah. Oleh itu, saya amat cakna dalam urusan kebersihan sama ada zahir mahupun batin. Aura yang terpancar pada wajah menjadi bacaan hati dalam diri seseorang (AH). Dalam hal ini Imam Al-Ghazali dalam nukilannya pernah menyatakan, "Mahu melihat kecantikan diri bercerminlah, sebaliknya mahu melihat kecantikan batin bercerminlah pada wajah" (AC). Oleh itu, sebelum zahir dilihat cantik, saya perlu menghiasi jiwa dan rohani. Apabila saya mengamalkan sifat-sifat seperti takwa, bersyukur dan amanah merupakan santapan jiwa yang akhirnya akan terpancar pada pengamalnya (AHC). Hal demikian amatlah tepat dengan kata-kata dalam lirik 'Wajah Cerminan Hati' dendangan penyanyi tersohor 1960-an, iaitu A.Ramlie, yang berbunyi;

 

Andai hati tak sayang wajahmu lain sekali,

Andai hatimu jujur, wajah cerminan hati.              (UM)

 

melalui lirik ini jelaslah, kebersihan bukan sahaja dinilai dari sudut zahir sahaja malah kesucian batiniah juga perlu dalam dalam menjaga kebersihan diri secara total. (AP)

0 Komen:

Catat Ulasan

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy