Rumus Pendahuluan FACLK
FACLK
F: Fokus
A: Akibat
C: Contoh
L: Langkah
K: Kepentingan
Contoh Ayat:
Kebelakangan
ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan
pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika
dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat
yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk
menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa
rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk
membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti
dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu
dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu
penyakit. (K)
0 Komen:
Catat Ulasan