Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

Antologi Komsas Tingkatan 4 Puisi Tradisional Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga

 Antologi Komsas Tingkatan 4

Puisi Tradisional  (Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )

RANGKAP

MAKSUD

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.     

Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.     

Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

Anggota tengah hendaklah ingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

 

TEMA      

Nasihat memelihara anggota diri.

Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

 

PERSOALAN

1.         Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan.

2.         Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.

3.         Persoalan pentingnya memelihara pendengaran. 

4.         Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

 

BENTUK
 

1.         Mempunyai 7 rangkap.

2.         Setiap rangkap mengandungi 2 baris

3.         Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

4.         Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata

5.         Rima akhir aa

 

GAYA BAHASA

1.         Kata ganda – cita-cita

2.         Asonansi – pengulangan vokal a  -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)     

3.         Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g - Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

 

NILAI
 

1.         Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 

2.         Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki

3.         Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

 

PENGAJARAN

1.         Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana.

2.         Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan.

3.         Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.

4.         Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

 

0 Komen:

Catat Ulasan

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy