ANTOLOGI KOMSAS TINGKATAN 4
Prosa Tradisional (Kepimpinan Melalui Teladan)
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada
untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara.
Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih
Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan
Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah
kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana
Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan
bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala
Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara
menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan
laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma
Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang
kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan
kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga
keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun
kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini
kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada
ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada
Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke
istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu ya
ng dimiliki oleh laksamana berjaya menggagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya
ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut
barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya
barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang
tersebut kepada laksamana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu
bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh
laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikit pun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang
dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di
Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh
Sultan dan Laksamana Melaka.
TEMA
Kepahlawanan seorang
laksamana mempertahankan negara. Keberanian dan kegagahan Laksamana
mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta
Kertala Sari dari Majapahit yang membuat huru-hara.
PERSOALAN
1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
2. Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
3. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
4. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan
seseorang.
5. Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Laksamana
·
Seorang yang berani
·
Seorang yang pemurah
·
Seorang yang bijaksana
·
Cinta akan keamanan negara
·
Taat setia kepada
pemerintah
·
Pandai dalam ilmu kesaktian
·
Memiliki sifat
kepahlawanan
2. Kertala Sari
·
Anak kepada Petala Bumi
·
Berasal dari Majapahit
·
Seorang pencuri yang
handal
·
Seorang yang tamak dan
angkuh
·
Seorang pendendam
·
Pandai dalam ilmu
kesaktian
·
Suka membuat huru-hara
·
Taat kepada pemerintah
3. Sultan Melaka
·
Seorang yang prihatin
·
Seorang pemimpin yang adil
·
Seorang yang mengenang
budi
4. Patih Gajah Mada
·
Berasal dari Majapahit
·
Seorang pendendam
LATAR
Latar Masyarakat
1. Masyarakat feudal -Contoh: Masyarakat yang mengamalkan
sistem pemerintahan beraja .
2. Masyarakat yang
bertanggungjawab -Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk
menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka
3. Masyarakat yang mengenang
budi - Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya
akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada
Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.
4. Masyarakat yang taat pada
pemerintah - Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
Latar Tempat
1. Negeri
Melaka - Contoh: Kertala Sari membuat huru-hara
dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka
2. Majapahit -Contoh:
Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas
kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.
3. Di tengah pasar -Contoh : Tempat Kertala Sari mati
dibunuh oleh Laksamana.
Latar Masa
1. Malam -
Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar
dan orang-orang kaya pada sebelah malam.
2. Siang - Contoh: Bendahara
melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis
segala harta-hartanya.
GAYA BAHASA
1. Bahasa istana -Contoh: sultan, patik,
tuanku,
2. Bahasa pinjaman bahasa Jawa
-Contoh: manira,kula,pakanira
3. Kata ganda -Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa,
menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak
NILAI
1. Nilai keberanian. Contoh:Laksamana berani untuk menentang
dan membunuh Kertala Sari.
2. Nilai tolong-menolong. Contoh:
Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.
3. Nilai kebijaksanaan. Contoh:
Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari dengan
berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
4. Nilai pemurah - Contoh:
Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan orang-orang
kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikit pun
harta itu.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan
negara akan terjamin.
2. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak
menyesal pada masa akan datang.
3. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita
sentiasa bahagia.
4. Kita hendaklah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kita
sentiasa dirahmati Tuhan.
0 Komen:
Catat Ulasan