Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

Kelebihan Penggunaan Kereta Elektrik (EV) di Malaysia

 




ANALISIS SOALAN:

Tema: Kenderaan Elektrik (EV)

Kata Kunci: kelebihan

Kehendak Soalan: Pendapat tentang penggunaan teknologi hijau di Malaysia.


1. Murid perlu menghuraikan manfaat-manfaat penggunaan teknologi hijau di Malaysia.

2. Murid perlu menyentuh semua bahan sama ada sebagai idea utama, atau idea sampingan atau sebagai contoh.

3. Sekiranya murid menyentuh semua bahan dan menambah idea lain berkaitan kepentingan sungai - Tanda Seperti Biasa

4. Sekiranya murid tidak menyentuh semua bahan - Maksimum Kepujian

5. Jika murid menghuraikan selain daripada manfaat/kesan – Penguasaan Minimum

6. Jika murid menulis lebih daripada 210 patah perkataan atau hingga ayat terakhir – Maksimum Kepujian

7. Jika murid menulis kurang daripada 140 patah perkataan – Maksimum Memuaskan



CADANGAN ISI: 

• Kos penyelenggaraan yang rendah.

• Akan memberikan pengalaman pemanduan yang sempurna.



CADANGAN JAWAPAN:

Kelebihan Penggunaan Kereta Elektrik (EV) di Malaysia

    Pada era modenisasi ini, penggunaan kereta elektrik atau Electric Vehicle (EV) semakin mendapat perhatian masyarakat di Malaysia. Kemajuan teknologi automotif telah menjadikan EV sebagai pilihan baharu yang lebih moden dan mesra pengguna. Persoalannya, apakah kelebihan penggunaan kereta elektrik di Malaysia?

    Salah satu kelebihan penggunaan kereta elektrik ialah kos penyelenggaraannya lebih rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana EV tidak memerlukan minyak enjin, penukaran gear yang rumit atau penyelenggaraan enjin yang kerap seperti kereta biasa. Sebagai contoh, pemilik EV hanya perlu memastikan bateri dan sistem elektronik berada dalam keadaan baik untuk digunakan. Keadaan ini dapat mengurangkan beban kewangan pengguna sekali gus membantu mereka berjimat cermat. Tegasnya, penggunaan EV sememangnya mampu mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka panjang.

    Selain itu, kereta elektrik juga memberikan pengalaman pemanduan yang sempurna kepada pengguna. Hal ini kerana enjinnya lebih senyap dan lancar semasa dipandu di jalan raya. Sebagai contoh, pemandu dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa tanpa bunyi bising enjin atau gegaran yang kuat. Situasi ini dapat meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna ketika memandu bersama keluarga bak kata peribahasa, alah bisa tegal biasa, masyarakat akan semakin yakin menggunakan EV apabila sudah biasa dengannya.

    Kesimpulannya, penggunaan kereta elektrik membawa pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan dan masyarakat perlulah berganding bahu untuk menggalakkan penggunaan EV di negara kita. Saya berharap agar teknologi EV terus berkembang demi melahirkan masyarakat yang moden, berjimat dan mesra alam.







0 Komen:

Catat Ulasan

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy