Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

PuisiDra : Percakapan Murid Kepada Gurunya

 

Percakapan Murid Kepada Gurunya

Oleh: Qamarul Abdullah




GURU

Masih kuingat hari pertama,
Seorang murid datang menyapa,
Dengan mata penuh cahaya,
Dan cita-cita setinggi angkasa.


MURID

“Cikgu… saya mahu berjaya,
Menggapai mimpi setinggi angkasa,
Menjadi insan berguna sentiasa,
Membahagiakan ayah dan bonda.”


GURU

Lalu kuajar dengan setia,

USAHA MENGATASI MASALAH MURID TERCICIR DALAM PENDIDIKAN

 

kredit: Utusan Malaysia



ANALISIS SOALAN:

Tema: Pendidikan

Kata Kunci/Fokus Soalan : Usaha-usaha pelbagai pihak untuk memastikan tiadanya murid tercicir dalam pendidikan.


MENGAPA RAKYAT SUKA BERCUTI DALAM NEGARA?

 


kredit: Libur




ANALISIS SOALAN

Tema: Pelancongan

Kata Kunci / Fokus Soalan : Sebab-sebab rakyat Malaysia suka bercuti di dalam negara.

KELEBIHAN INDUSTRI PERTANIAN

 

kredit BH Online




ANALISIS SOALAN:

Tema: Pertanian

Kata Kunci : Kelebihan-kelebihan memajukan industri pertanian.

LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN KAUM

 





ANALISIS SOALAN:

Tema: Perpaduan Kaum

Kata Kunci: langkah-langkah menerapkan perpaduan kaum di negara ini.

Kelebihan Penggunaan Kereta Elektrik (EV) di Malaysia


 




ANALISIS SOALAN:

Tema: Kenderaan Elektrik (EV)

Kata Kunci: kelebihan

Kehendak Soalan: Pendapat tentang penggunaan teknologi hijau di Malaysia.

KESAN KEMASUKAN PELANCONG ASING KE MALAYSIA



 


ANALISIS SOALAN:

       Tema: Pelancongan

Kehendak / Tugasan Soalan : Calon dikehendaki membincangkan kesan-kesan kehadiran pelancong asing ke negara kita.

1.  Murid hendaklah menghuraikan kesan kehadiran pelancong asing ke negara kita yang terdapat dalam stimulus dan menambah kesan lain. – Layak Cemerlang

2.  Sekiranya murid hanya menghuraikan satu kesan dalam stimulus dan menambah kesan lain – Maksimum Kepujian

3.  Sekiranya murid menghuraikan kesan selain daripada isi yang telah diberikan dalam stimulus – Maksimum Baik

4.  Sekiranya murid menghuraikan selain daripada kesan – Maksimum Penguasaan Minimum

PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM MEMPERKUKUHKAN SEKTOR PKS DI NEGARA MALAYSIA

 



ANALISIS SOALAN:

Tema : Perindustrian

Kata kunci soalan- usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).


1. Murid menghuraikan usaha-usaha  yang perlu dilakukan untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)  – Layak Cemerlang.

2. Sekiranya murid hanya menghuraikan satu pihak sahaja – Maksimum Kepujian 

3. Sekiranya murid menghuraikan selain daripada usaha yang perlu dilakukan untuk

memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara kita – Maksimum

Penguasaan Minimum.

 

CADANGAN ISI 

usaha-usaha yang boleh dilakukan

1. Pihak kerajaan memberi bantuan atau peruntukan kepada pengusha PKS.

2.  Pihak kerajaan menyediakan program latihan kepada pengusaha PKS.

3. Pihak kerajaan mengadakan kempen membeli barangan PKS kepada masyarakat.

4. Pengusaha PKS menyertai ekspo, pameran, atau kerjasama dengan syarikat besar untuk meningkatkan keterlihatan.

LANGKAH MENARIK MINAT GENERASI MUDA MENCEBURI SEKTOR PENTERNAKAN

 






ANALISIS SOALAN:

Tema: Pertanian, Penternakan dan Perikanan

Fokus soalan: Cara-cara menarik minat generasi muda menceburi bidang penternakan.

 

1. Murid perlu menghuraikan tiga cara menarik minat generasi muda menceburi bidang penternakan.yang berada dalam stimulus- Layak Cemerlang

2. Sekiranya murid hanya menghuraikan satu cara yang terdapat dalam stimulus dan menambah isi lain. – Maksimum Kepujian

3. Sekiranya murid tidak menyentuh cara menarik minat generasi muda menceburi bidang penternakan dalam stimulus dan memberikan isi lain– Maksimum Baik

4. Sekiranya murid menghuraikan secara umum tanpa menyentuh cara menarik minat generasi muda menceburi bidang penternakan - Maksimum memuaskan

5. Sekiranya calon menghuraikan selain daripada cara menarik minat generasi muda menceburi bidang penternakanMaksimum Penguasaan Minimum

 

CADANGAN ISI DALAM STIMULUS:

·     1. kerajaan meningkatkan insentif

·       2. MARDI memperkenalkan teknologi moden

·       3. Institusi Pendidikan menawarkan latihan dan kemahiran kepada penternak muda


 


CADANGAN JAWAPAN:

LANGKAH MENARIK MINAT GENERASI MUDA MENCEBURI SEKTOR PENTERNAKAN

PERSEDIAAN SEBELUM MENCEBURI BIDANG KERJAYA


 



ANALISIS SOALAN:

Tema: Kerjaya

Fokus soalan: Persediaan-persediaan sebelum menceburi bidang kerjaya.

 

1. Murid perlu menghuraikan tiga persediaan sebelum menceburi bidang kerjaya yang ada dalam stimulus- Layak Cemerlang

2. Sekiranya murid hanya menghuraikan satu persediaan yang terdapat dalam stimulus dan menambah isi lain. – Maksimum Kepujian

3. Sekiranya murid tidak menyentuh persediaan sebelum menceburi bidang kerjaya dalam stimulus– Maksimum Baik

4. Sekiranya murid menghuraikan secara umum tanpa menyentuh persediaan sebelum menceburi bidang kerjaya.- Maksimum Baik

5. Sekiranya calon menghuraikan selain persediaan sebelum menceburi bidang kerjaya, Maksimum Penguasaan Minimum

 

CADANGAN ISI DALAM PETIKAN:

·       1. mempunyai kelayakan akademik yang tinggi

·       2, menguasai kemahiran komunikasi

·       3. persediaan mental

 





CADANGAN JAWAPAN:

Manfaat-manfaat Pendidikan Tanpa Batasan

 





KEHENDAK SOALAN: Manfaat-manfaat pendidikan tanpa batasan.

1.              Murid perlu menghuraikan manfaat-manfaat pendidikan tanpa batasan.

2.              Murid perlu menyentuh semua bahan sama ada sebagai idea utama, idea sampingan atau sebagai contoh.

3.              Sekiranya murid menyentuh semua bahan dan menambah idea lain berkaitan manfaat-manfaat pendidikan tanpa batasan – Tanda Seperti Biasa

4.              Sekiranya murid tidak menyentuh semua bahan- Maksimum kepujian

5.              Jika murid menulis lebih daripada 210 patah perkataan atau hingga ayat akhir- maksimum kepujian

6.              Jika murid menulis kurang daripada 140 patah perkataan- Maksimum Memuaskan

 

CADANGAN ISI (2 isi dihuraikan)

·      1. Menjimatkan kos

·       2. Membolehkan seseorang menuntut ilmu tanpa mengira masa






CONTOH JAWAPAN:


Manfaat-manfaat Pendidikan Tanpa Batasan

 

Pada era globalisasi ini, pendidikan tanpa batasan semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden. Perkembangan teknologi digital dan Internet telah membuka ruang kepada semua orang untuk menuntut ilmu dengan lebih mudah dan pantas. Persoalannya, apakah manfaat-manfaat pendidikan tanpa batasan kepada masyarakat?

 

Salah satu manfaat pendidikan tanpa batasan ialah seseorang dapat menuntut ilmu pada bila-bila masa. Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai bahan pembelajaran boleh diakses hanya di hujung jari tanpa terikat dengan waktu persekolahan. Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan platform seperti Google Classroom dan Kahoot untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu malam atau hujung minggu. Keadaan ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar sekali gus melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa pendidikan tanpa batasan mampu menjadikan proses pembelajaran lebih fleksibel dan efektif.

 

Selain itu, pendidikan tanpa batasan juga dapat menjimatkan kos pembelajaran. Murid tidak perlu berulang-alik ke pusat tuisyen kerana kelas boleh diikuti secara dalam talian dari rumah. Sebagai contoh, pelajar hanya memerlukan telefon pintar atau komputer riba serta capaian Internet untuk menghadiri kelas maya. Situasi ini dapat mengurangkan perbelanjaan pengangkutan dan masa perjalanan ibu bapa kerana masa itu emas.

 

Kesimpulannya, pendidikan tanpa batasan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat khususnya pelajar. Oleh itu, semua pihak hendaklah memanfaatkan kemajuan teknologi demi meningkatkan mutu pendidikan negara. Saya berharap agar pendidikan digital terus berkembang supaya dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, kreatif dan berdaya saing di persada dunia.

 


Sajak Kemanusiaan: MEHZA DARI GAZA

 

MEHZA DARI GAZA

Oleh: Qamarul Arifin Abdullah

 

 
kredit: utusan


Namaku Mehza
anak kecil dari bumi yang mendung langitnya
umurku belum sempat hafal doa
tapi telah hafal bunyi dentum menyayat jiwa

 

tubuhku kecil
bertelanjang kaki di tenda lusuh

yang selalu digoncang guruh
mata bundarku belum sempat melihat taman
namun kenyang menatap runtuhan

 

ayah selalu mendukungku pergi
melewati lorong-lorong sunyi
kadang dia tertawa palsu
dan tangannya menggeletar

seperti daun menahan angin liar

 

aku marah pada ibu yang tak menyebut namaku lagi
aku marah pada abang yang diam entah ke mana pergi
aku marah pada roti yang dibakar hanya dalam mimpi
aku marah pada langit yang teriak mengaum berapi
aku marah pada dunia yang buta hati nyah endahkan kami

 

katakanlah kepadaku dunia
jika aku cuma anak kecil bernama Mehza
yang hanya selarik bayang di pinggir derita
mengapa duniaku bukan mainan dan gula-gula

tapi serpihan pilu dan runtuhan duka

SAJAK GAZA: RATIB DARAH DI BUMI TERLUKA

 

GAZA: RATIB DARAH DI BUMI TERLUKA

Oleh: Qamarul Abdullah

 

 


Di hujung bumi yang berbalut nestapa

bumi ini terkulai tubuhnya luka

bayi-bayi belum sempat bernafas dunia

dikambus debu sengsara

langitnya runtuh tanahnya mengaduh

dan sunyi menjadi imam kepada azan yang bisu

 

Tiada buaian buatmu anak kecil

hanya jeritan pengganti syair

susu ibu telah berubah

menjadi bara dan amarah

kelaparan pula menjadi lolongan

yang tak sempat disebut

 

Maka bangkit durjana dari jantung bumi

bangsa murka menjulang bangkai nurani

bersorak di menara besi

bagai hakim buta menghukum tanpa bicara

 

Wahai manusia yang masih punya rasa

bukalah jendela hatimu

dengar, lihat, dan rasa

Gaza adalah cermin dunia!

Gaza tidak rebah

ia dicencang dan ditertawa!

lalu jangan kau bisukan tangis di hujung langit

kerana diam itu peluru buat penjarah jiwa

dan barangkali esok, giliranmu pula bertanya: “mengapa?”

 

 

SAJAK TEMPAT TEDUH YANG BUKAN LAGI MILIK KITA

 

TEMPAT TEDUH YANG BUKAN LAGI MILIK KITA

Oleh:
Qamarul Abdullah

 

 

Di lorong-lorong reruntuhan

seorang ibu menjahit duka pada kain kafan

anak kecilnya yang tidur dalam kantung debu

ditimbus serpih senjata

 

Seorang lelaki tua menyemai zaitun

di celah batu dan darah

baginya masih ada musim

yang belum dibunuh

 

Anak-anak kecil

bermain dengan cebisan kelmarin

belajar eja daripada nama-nama syahid

 

Langit bagai cermin retak

mendung bagai memantul nestapa

Laut yang dulu mendodoi harapan

kini merah, asin dengan air mata

Rumah-rumah bukan lagi dinding dan atap

tetapi liang sunyi robohan sirah yang membeku

 

Waktu ini

Gaza tidak berdetik

ia membatu dalam lenguh

doa-doa yang tertangguh

 

Tempat teduh ini

sudah dirampas bayang-bayang haloba,

Tempat teduh ini

bukan lagi milik kita.

 

 

 

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy