Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

PERANAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT UNTUK MENGELAKKAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR DI MALAYSIA.

 

PERANAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT UNTUK MENGELAKKAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR DI MALAYSIA.

 

1. Individu mestilah menjaga kebersihan diri - mengelakkan diri daripada terkena penyakit

2. Individu mestilah memastikan kebersihan persekitaran kawasan kediaman - menanam tin-tin kosong, tayar yang tidak digunakan untuk mengelakkan daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

3. Individu perlulah membersihkan pasu tanaman, bekas minuman haiwan peliharaan, yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

4. Individu (keluarga) perlulah menggunakan serbuk Abate dalam tangki air atau bekas tadahan air - untuk merawat bekas air yang mungkin terdedah kepada nyamuk seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO)

5. Tutup pintu dan tingkap terutama pada waktu senja dan juga memasang skrin serangga - menghalang nyamuk masuk ke dalam rumah

6. Setiap individu perlu menjaga diri ketika keluar rumah - memakai baju berlengan panjang dan membawa penyembur nyamuk

7. Komuniti setempat boleh mengadakan pertandingan rumah terbersih - meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap ancaman nyamuk.

8. Masyarakat mengadakan aktiviti gotong-royong secara berkala di kawasan kediaman - mengelakkan daripada pembiakan nyamuk.

 

0 Komen:

Catat Ulasan

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy