|
1.
|
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
|
Menyelaras dasar semua
kementerian, hal ehwal Islam, undang-undang, perkhidmatan awam,
dan keselamatan negara (cth: MKN).
|
Isu perpaduan kaum, tadbir urus
yang baik, tatakelola (good governance), kedaulatan undang-undang.
|
|
2.
|
Kementerian Kewangan (MOF)
|
Menggubal dan menguruskan dasar
fiskal, Belanjawan Negara, cukai, hutang kerajaan, dan
perolehan.
|
Isu inflasi, kos sara hidup,
kestabilan ekonomi, insentif perniagaan.
|
|
3.
|
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
|
Keselamatan dalam negeri, Imigresen, Pendaftaran Negara
(JPN), kawalan sempadan, dan pengurusan penjara.
|
Isu jenayah siber, jenayah
kekerasan, kebanjiran pendatang asing, pendaftaran warganegara.
|
|
4.
|
Kementerian Pendidikan (KPM)
|
Dasar pendidikan pra-sekolah
hingga sekolah menengah, peperiksaan (SPM), kurikulum, dan kebajikan guru.
|
Isu kualiti pendidikan, kes
buli di sekolah, literasi digital pelajar, pendidikan vokasional.
|
|
5.
|
Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT)
|
Dasar dan hal ehwal pendidikan
tinggi (universiti, politeknik, kolej komuniti), penyelidikan
(R&D), dan akreditasi.
|
Isu kebolehpasaran graduan,
inovasi, kerjasama industri-universiti, pendidikan sepanjang hayat.
|
|
6.
|
Kementerian Kesihatan (KKM)
|
Dasar kesihatan awam,
perkhidmatan perubatan, kawalan penyakit berjangkit, dan keselamatan
makanan.
|
Isu gaya hidup sihat, penyakit
tidak berjangkit (NCD), wabak, kawalan merokok, perkhidmatan hospital.
|
|
7.
|
Kementerian Ekonomi
|
Perancangan ekonomi negara, pembangunan wilayah,
dan merangka hala tuju ekonomi jangka panjang.
|
Isu pembangunan lestari,
perancangan bandar, pertumbuhan ekonomi mampan, Rancangan Malaysia Lima
Tahun.
|
|
8.
|
Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan (KPKM)
|
Pembangunan sektor pertanian,
perikanan, ternakan, dan memastikan keterjaminan bekalan makanan
negara.
|
Isu keselamatan makanan,
penggunaan teknologi moden dalam pertanian (agrotek), harga barang keperluan
asas.
|
|
9.
|
Kementerian Pengangkutan (MOT)
|
Mengawal selia dan membangunkan
infrastruktur pengangkutan darat, laut, dan udara, serta aspek keselamatan.
|
Isu kesesakan lalu lintas,
pembangunan sistem pengangkutan awam (MRT/LRT), logistik, pelabuhan dan
lapangan terbang.
|
|
10.
|
Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT)
|
Perancangan bandar dan desa,
isu perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan (PBT), operasi Bomba
dan penyelamat.
|
Isu perumahan mampu milik,
kebersihan bandar, pengurusan sisa pepejal, bandar pintar (smart city).
|
|
11.
|
Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI)
|
Menggubal dasar perdagangan
antarabangsa, menarik pelaburan asing, membangunkan industri,
dan menguruskan eksport/import.
|
Isu pelaburan langsung asing
(FDI), perjanjian perdagangan bebas (FTA), daya saing industri, eksport
produk tempatan.
|
|
12.
|
Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI)
|
Menggalakkan penyelidikan
dan pembangunan (R&D), inovasi, sains dan teknologi,
serta pembangunan bakat saintifik.
|
Isu Revolusi Industri 4.0 (IR
4.0), kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau, pengkomersialan R&D.
|
|
13.
|
Kementerian Sumber Manusia
(KESUMA)
|
Menguruskan hal ehwal pekerjaan,
latihan kemahiran, perhubungan industri, keselamatan dan kesihatan
pekerjaan (OSHA).
|
Isu peluang pekerjaan, kadar
pengangguran belia, eksploitasi pekerja asing, hak pekerja, gaji minimum.
|
|
14.
|
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
|
Memperkasa wanita,
pembangunan keluarga, dan kebajikan masyarakat (OKU, warga
emas, kanak-kanak).
|
Isu keganasan rumah tangga,
penglibatan wanita dalam tenaga kerja, penjagaan warga emas, isu pusat jagaan
kanak-kanak.
|
|
15.
|
Kementerian Belia dan Sukan
(KBS)
|
Pembangunan belia, sukan
dan rekreasi kebangsaan.
|
Isu gaya hidup sihat,
pembangunan atlet, sukan di peringkat akar umbi, pembangunan kepimpinan
belia.
|