Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 

 

(TEMA) Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. (ISU) Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. (ARAHAN) Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

(ISI) Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. (MENGAPA) Tubuh orang yang mengamalkanpemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. (BAGAIMANA)Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. (KESAN) Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. (PENEGAS) Jadi, izharlah bahawa pemakanan yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria dan sihat.

(ISI) Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. (MENGAPA) Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. (BAGAIMANA) Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. (KESAN)Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana badan cergas, otak cerdas. (PENEGAS) Tegasnya, aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang.

(ISI) Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. (MENGAPA) Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. (BAGAIMANA) Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. (KESAN)Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. (PENEGAS)Ringkasnya, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual sebelum kudis menjadi tokak.

(ISI) Akhir sekali, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain. (BAGAIMANA) Pengambilan alkohol dan dadah akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan kesihatan mental. Selain kita, setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit kelamin dan HIV Aids. (KESAN) Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. (PENEGAS) Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

 

(PENUTUP) Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara. Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. (CADANGAN)Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (HARAPAN)Semoga kempen kerajaan iaitu kempen ‘Rakyat Sihat Negara Maju’dapat direalisasikan kerana rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif.

 

RUMUS KCHRK DALAM PENGHASILAN KESIMPULAN KARANGAN

 

RUMUS KCHRK DALAM PENGHASILAN KESIMPULAN KARANGAN

 

Binaan Penutup / Kesimpulan

Jenis ayat

Binaan Ayat

Jumlah Ayat

Ayat Rumusan

          Kesimpulannya, gejala vandalisme perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa daripada terus berleluasa dan menjadi tidak terkawal.

 

1 Ayat

Ayat Cadangan

(siapa Yang sepetutnya bertanggungjawab)

satu jawatankuasa yang dianggotai oleh pelbagai pihak hendaklah ditubuhkan bagi merancang dan mengambil pendekatan berkesan bagi membanteras gejala tersebut.

 

1 Ayat

Ayat Harapan

(apa yang berlaku sekiranya semua bertanggungjawab)

Kerjasama yang bersepadu dan berterusan penting dalam mewujudkan kesedaran dalam menjaga harta awam dan mendidik masyarakat supaya menjadi masyarakat berkelas dunia.

 

1 Ayat

Ayat Ramalan

(apakah yang akan berlaku jika dibiarkan)

Sekiranya perkara ini tidak dibanteras daripada awal, maka perbuatan ini tidak dapat dibendung dan kerosakan demi kerosakan terpaksa ditanggung oleh semua pihak.

 

1 Ayat

Ayat Kesan Ramalan

(apakah kesan dari kejadian itu)

Hal ini penting agar negara tidak terus menanggung kerugian dan imej negara terus tercalar di mata pelancong-pelancong asing.

 

1 Ayat

 

KESAN POSITIF MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI KEPADA DIRI SENDIRI.

Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan sehari-hari amatlah penting bagi memperbaiki kualiti hidup manusia. Nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesederhanaan, toleransi, kasih sayang, dan banyak lagi merupakan asas kejayaan sesebuah negara dan masyarakat. Namun, sebelum kita mengamalkan nilai-nilai ini ke arah pembinaan masyarakat yang lebih baik, kita perlu memperbaiki diri sendiri dahulu.

    Melalui pengamalan nilai-nilai murni, kita dapat merasai kesan positif ke atas diri sendiri. Salah satu kesan positif yang utama ialah peningkatan kualiti hidup. Dalam keadaan yang serba sibuk dan penuh tekanan seperti ini, melibatkan diri dalam amalan nilai murni membantu meningkatkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.

    Selain itu, pengamalan nilai-nilai murni juga membantu membentuk personaliti yang lebih baik. Sikap jujur, rendah hati, sabar, dan berhemah adalah contoh-contoh nilai murni yang penting dalam membentuk personaliti yang lebih baik. Memiliki personaliti yang baik akan membantu meningkatkan rasa percaya diri dan keyakinan dalam diri sendiri.

    Selain itu, amalan nilai-nilai murni juga dapat membantu membina hubungan yang baik dengan orang lain. Sikap toleransi, kasih sayang, dan keperihatinan terhadap orang lain membantu meningkatkan hubungan sosial dengan orang di sekeliling. Ini kerana apabila kita mempraktikkan nilai-nilai murni ini, kita menjadi lebih peka terhadap keperluan dan keadaan orang lain.

    Selain itu, pengamalan nilai-nilai murni juga membantu membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera. Ketika individu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, ia akan meresapi kepentingan dan tanggungjawab untuk membina masyarakat yang lebih baik. Apabila semua individu mengamalkan nilai-nilai murni, masyarakat yang lebih harmoni, aman dan sejahtera dapat dibina.

    Sebagai kesimpulan, pengamalan nilai-nilai murni adalah penting bagi memperbaiki kualiti hidup manusia. Dalam amalan nilai murni, kita dapat merasai kesan positif ke atas diri sendiri seperti peningkatan kualiti hidup, membentuk personaliti yang lebih baik, membina hubungan yang baik dengan orang lain, dan membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera. Oleh itu, marilah kita mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian demi memperbaiki kualiti hidup kita dan masyarakat yang kita tinggali.

Langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar

 

 SOALAN:     Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.
Jelaskan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.



            Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.


            Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.


            Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.


            Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar.


            Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam sekitar.


            Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ”

 

(440 patah perkataan)

Langkah-Langkah Memupuk Integriti

 Berikut adalah beberapa langkah untuk memupuk integriti:

  1. Memahami dan memegang teguh nilai-nilai moral: Ini termasuk nilai-nilai seperti kejujuran, keadilan, dan kebijaksanaan.

  2. Menjaga komitmen: Berkomitmen pada apa yang Anda katakan dan lakukan, serta memastikan bahwa tindakan Anda selaras dengan nilai-nilai Anda.

  3. Berbicara jujur: Berkomunikasi dengan transparansi dan mengatakan kebenaran, meskipun sulit.

  4. Membuat pilihan yang tepat: Membuat keputusan yang sesuai dengan nilai-nilai moral dan etika, bukan hanya untuk memenuhi kepentingan pribadi atau bisnis.

  5. Mempertahankan privasi: Menjaga rahasia dan informasi pribadi orang lain dengan sangat penting.

  6. Menghormati hak asasi manusia: Menghormati hak setiap individu untuk hidup dan berkembang dengan martabat dan kebebasan.

  7. Bertanggungjawab atas tindakan: Bertanggung jawab atas tindakan Anda dan siap untuk memikul konsekuensinya.

  8. Melakukan tindakan yang benar, bukan hanya yang populer: Membuat pilihan yang benar meskipun tidak populer atau membahayakan kepentingan pribadi atau bisnis.

  9. Memimpin dengan teladan: Memberikan contoh yang baik bagi orang lain dan memimpin dengan integriti.

  10. Terus berkembang dan belajar: Terus mempelajari dan mengembangkan keterampilan dan pengetahuan moral untuk menjadi pribadi yang lebih baik.

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy