SOALAN: Alam
sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.
Jelaskan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam
sekitar.
Sejak
kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian
pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam
sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada
sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan
alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan
kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang
bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu
dilakukan.
Salah
satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar
ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan
pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang
panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun
serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan
serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh
kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu,
penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya
dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.
Selain
itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh.
Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih
efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah
dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di
sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke
dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini,
undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam
pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian
kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula
untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang
tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai
contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan
pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini,
sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam
sekitar.
Di
samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran
sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini,
masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini,
sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa
kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen
kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam
sekitar.
Tuntasnya,
kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan
alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan
dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan
kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati
semua orang. Sinomin dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ”
(440 patah perkataan)
0 Komen:
Catat Ulasan