Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

Penanda Wacana dalam Rumus Imbakup

 

BAHAGIAN ISI – IMBaKUP

I –         IDEA                    M - MENGAPA                                   Ba-  BAGAIMANA

K –      KESAN                  U-  UNGKAPAN MENARIK             P – PENEGASAN

  I– IDEA/TEMA

  • ·         Pada hemat saya
  • ·         Memang tidak dapat dinafikan bahawa
  • ·         Sebagaimana yang kita ketahui
  • ·         Umum mengetahui bahawa 
  • ·         Dari perspektif pandangan yang lain
  • ·         Jika ditelusuri secara mendalam
  • ·         Sebagaimana yang telah kita maklumi
  • ·         Namun demikian, suatu hakikat yang tak boleh dikesampingkan ialah
  • ·         Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
  • ·         ___ merupakan antara ____

 

M –MENGAPA

  • ·         Hal ini demikian kerana
  • ·         Hal ini berlaku kerana 
  • ·         Hal ini terjadi kerana
  • ·         Hal ini disebabkan oleh

 

Ba-BAGAIMANA

  • ·         Sebagai contoh/ tamsilan,
  • ·          Misalnya, Lazimnya, Sebagai analoginya
  • ·         Kita sering membaca di dada-dada akhbar dan menonton di kaca televisyen
  • ·         Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
  • ·         Contoh paling ketara yang paling dekat dengan kita ialah
  • ·         ... merupakan tamsilan yang paling tepat dalam membincangkan isu ini.
  • ·         Berdasarkan perangkaan terkini yang diperolehi terdapat sebanyak
  • ·         Biar saya ambil contoh yang mudah,
  • ·         Biasanya / Pada kelazimannya,
  • ·         Antaranya adalah
  • ·         Dalam hal ini / dalam konteks ini…
  • ·         Dengan berbuat demikian,/ Dengan itu,/          Oleh sebab itu,
  • ·         Dengan demikian,
  • ·         Oleh hal yang demikian,      




K – KESAN

  • ·       

  • Sekiranya

  • · Andai kata

  • · maka,

  • · Dengan berbuat demikian

  • · Dengan keadaan sedemikian

  • · Usaha sebegini mampu

  • · Hal ini sudah pasti/ sudah tentu akan

  • · Secara tidak langsung,

  • · Natijahnya,

  • · Kontadiksinya

  • ·
  • Sebagainya akibatnya
  • Hal ini mengakibatkan
  • Tindakan/Cara/Usaha ini akan
  • Selanjutnya,
  • Sementara itu,
  • Seterusnya,
  • Di samping itu,
  • Dalam pada itu,
  • Selain itu,

 

U-UNGKAPAN MENARIK ( PERIBAHASA/ KATA-KATA HIKMAT)

  • ·      

  • Persis kata peribahasa Melayu

  • · Persis kata mutiara

  • · Bak kata orang tua-tua

  • · Bak kata cendekiawan

  • · Hal ini sama dengan peribahasa

  • · Fenomena ini dikatakan seperti

  • · Peribahasa _____ merupakan

  • sindiran yang paling tepat ditujukan

  • kepada masyarakat pada masa kini.

  • · Senario ini persis dengan peribahasa

  • Melayu, yakni

  • · Hal ini bersesuaian dengan peribahasa….
  • Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa...
  • Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa…..
  • Orang tua-tua pernah berkata…
  • Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa…
  • Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa….


P – PENEGASAN ISI


  • Dengan kata lain,

  • · Ringkasnya,

  • · Jelaslah bahawa

  • · Tegasnya

  • · Oleh itu

  • · Sudah terang lagikan bersuluh

  • · Nah, inilah yang dikatakan

  • · Tiada ubat tanpa penawarnya

  • · Setelah meneliti dan mengkaji hingga ke akar umbi,


  • Kita mengakui hakikat bahawa
  • Jelaslah kepada kita bahawa
  • Tegasnya kepada kita bahawa
  • Hakikatnya,
  • Sesungguhnya,
  • Secara khususnya,
  • Secara umumnya,
  • Sememangnya,


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


I    = Isi (apa) - (1 ayat)
M  = Mengapa - (2 - 4 ayat)
Ba = Bagaimana (contoh) - (1 - 3 ayat)
K  = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 1 - 3 ayat)

U  = Ungkapan menarik (1 - 2 ayat)
P   = Penegas (1 ayat)

 

 

CONTOH TEKNIK IMBaKUP

 

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial

 

 

Isi:

- memberikan didikan agama

 

Mengapa:

1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi

2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan

3. dapat membezakan permata dengan batu kelikir

 

 

Bagaimana: 

1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya

2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah kemungkaran

 

 

Kesan:

1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial

2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia

 

 

Ungkapan Menarik:

Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.”

 

 

Penegas:

Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.

 

Contoh perenggan isi yang lengkap

 

          Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak (ISI). Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama juga anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir kerana mereka telah menjadikan agama sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda (MENGAPA). Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa bapa haruslah memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama yang mampu mencegah kemungkaran (BAGAIMANA). Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani (KESAN). Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” (UNGKAPAN MENARIK). Izharlah bahawa didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing. (PENEGAS)

 


Hasilkan satu peta minda pemikiran tentang cara menangani isu penderaan, seterusnya pilih satu cara dan hasilkan satu perenggan yang baik dengan menggunakan kaedah IMBaKUP.

 

 Isu penderaan kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita tentang kanak-kanak yang didera sering dipaparkan di media.

 

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menangani isu penderaan dalam  kalangan  kanak-kanak?

 

 

 

 

 

 

Rangka Karangan

Tema Amalan Budi Bahasa

Tugasan Cara-cara Memupuk

Pendahuluan

• Masyarakat Malaysia dikenali dengan sikap ramah-tamah dan berbudi bahasa sejak dahulu

• Semakin terhakis dan dilupakan oleh golongan remaja

• Sikap individualistik semakin menebal dan budaya sombong dan meninggi diri

• Remaja bersikap tidak menghormati orang tua dan bersikap hedonisme

• Siapakah yang harus dipersalahkan?

• Pelbagai cara haruslah dilakukan untuk menyuburkan amalan budi bahasa

 

Isi-isi Penting

I Mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak

M : Insan paling dekat dengan anak-anak— ibu bapa selalu dengan anak-anak

Ba : Tunjukkan contoh peribadi dan akhlak mulia — mengajar cara-cara beradab dan menghormati orang tua — tidak bersikap buruk pekerti di hadapan anak-anak

K : Anak-anak akan menjaga tingkah laku dan tutur kata ketika bercakap dengan orang tua

U : Melentur buluh biarlah dari rebungnya

P : Anak-anak terdidik menjadi insan berbudi bahasa sejak kecil

 

I : Mendidik murid supaya berbudi bahasa

: Tugas guru membentuk keperibadian murid yang luhur dan sakinah

Ba : Ceramah kesedaran diberikan — pelancaran Bulan Budi Bahasa — kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan

K : Pelajar didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan tentang budi bahasa

: Amalkan sikap kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

P : Murid memahami tanggungjawab untuk menjadi murid yang berakhlak mulia

 

I : Melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni

M : Kempen yang dijalankan tidak bersungguh-sungguh, sekadar hangat-hangat tahi ayam

Ba : Perlu menyemarakkan semangat untuk berbudi bahasa — pihak kerajaan dan swasta bekerjasama menjayakan kempen ini — iklan tentang amalan ini disiarkan di media massa

U: Moto "Budi Bahasa Budaya Kita" dapat diterapkan dan disuburkan

P: Tahap kesedaran berbudi bahasa dapat ditingkatkan

 

Kesimpulan

P. Semua lapisan masyarakat memberikan sokongan dan kerjasama

C: Meletakkan budi pekerti sebagai tunjang kepada pembangunan negara

H : Melahirkan remaja yang berwawasan dan mendukung pembangunan negara mengikut acuan pembangunan negara yang menekan aspek kerohanian

Teks Syarahan

 

Teks Syarahan

Amalan Merokok Membahayakan Kesihatan

 

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiya’I Wal Mursalin

Saidina Muhammadin Waala Aalihi Wasahbihi Ajmain, Ammabaq

 

Salam sejahtera bertatah intan kemesraan saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, yang berbahagia para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, barisan pendidik yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu serta sidang hadirin yang dikasihi sekalian.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

langkah-langkah meningkatkan semangat kejiranan

 Soalan: Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.


Jawapan:


Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau kampung, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat  dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti.  Pepatah Melayu mengatakan bahawa  `Jiran sepakat membawa _______’.  Dalam hal ini, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa dapat bersatu hati untuk melakukan sesuatu perkara yang positif. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

 

 Salah satu langkah yang harus diambil ialah penduduk setempat hendaklah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.  Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa `tak kenal _______ tak cinta’.  Sebagai contohnya, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.  Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

 

            Selain itu, penduduk juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan.  Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran.  Melalui majlis rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat.  Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.  Sebagai contohnya, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat  untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

 

            Seterusnya, persatuan penduduk atau pihak swasta boleh mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.  Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya.  Sebagai contohnya, aktiviti hari keluarga hendaklah diadakan pada setiap musim cuti persekolahan pada hujung minggu.  Apabila aktiviti hari keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti ini boleh diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Oleh itu, dengan mengadakan aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama __________.

 

            Bukan itu sahaja,  pihak kerajaan  juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan.  Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur.  Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli.  Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya.  Sebagai contohnya, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.  Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat ____ dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling-membantu dalam kehidupan.

            Seterusnya, kita pula hendaklah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan penduduk sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan.  Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contohnya, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan.  Walaupun pepatah Melayu  mengatakan bahawa berat mata __________ berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan _______ juga. Maksudnya, jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Pendek kata, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh mereka.

 

            Sebagai kesimpulannya,  kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.  Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu bagai ______ di dalam belukar melepaskan pucuk  masing-masing.  Jika hal ini dibiarkan,  semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, _______ kita roboh.  Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.  Dalam hal ini, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman dan harmoni.


Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy