Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

Bina Ayat

 Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

1.         terang

2.         keterangan

3.         menerangkan

4.         menerangi

5.         penerangan

6.         diterangkan

7.         lalu-lalng

8.         lauk-pauk

9.         kayu-kayan

10.      haru-biru

11.      mandi-manda

12.      mundar-mandir

masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan

 

SOALAN:   Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

            Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang memerlukan pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif. Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu.

            Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka melihat atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan. Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.

            Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh dikaitkan dengan imej badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada pihak menganggap badan kebajikan hanya untuk mereka yang tidak mempunyai impian besar atau tanggungan keluarga. Malah, ada badan kebajikan yang dianggap oleh masyarakat sebagai mengambil kesempatan dengan memperoleh wang tetapi tidak menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Jadi, badan kebajikan dianggap kerjaya yang tidak berstatus tinggi pada mata masyarakat kita.

Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa kini. Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada semua badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka.

            Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus memudahkan urusan badan kebajikan mereka. Malah, pihak berkuasa seharunya menyediakan bangunan khas untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanp perlu membayar apa-apa. Namun, semua ini tidak diperoleh oleh badan kebajikan.

            Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang bahaya. Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas kasihan masyarakat untuk turut membantu. Masyarakat harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa badan kebajikan nasib golongan terpinggir ini akan menjadi lebih menyayatkan.

 (398 patah perkataan)

Frasa

Namakan jenis frasa yang bergaris di bawah ini sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS).

 

1.         Shah Faiz memandu kereta Ferrari.

2.         Adik Imran menggoreng kacang di dapur.

3.         Permaidani merah itu dari Bangladesh.

4.         Air kelapa bakar sungguh sedap dan berkhasiat.

5.         Lagu nyanyian Siti Nurhaliza dicipta oleh Don Mustafa.

6.         Yogeswaran sekeluarga akan ke Turki minggu hadapan.

Jenis-jenis Pendahuluan Karangan

 

Perenggan Pendahuluan

 

Perenggan pendahuluan boleh diumpamakan seperti penampilan manusia. Perawakan yang menarik akan mempengaruhi minat orang. Wajah, pakaian dan unsur luaran lain memberi impak kepada hati sesiapa yang melihat. Oleh sebab perenggan ini memberi kesan pertama terhadap keseluruhan karangan, maka peranannya amatlah penting. Tujuan pendahuluan karangan SPM adalah mempengaruhi pemeriksa agar terpikat dan jatuh hati. Tanggapan positif pemeriksa pada peringkat awal boleh memberi kelebihan dan keuntungan. Oleh itu, penghasilan perenggan pendahuluan tidak harus dipandang mudah. Marilah kita sama-sama berkongsi cara untuk mengubah penampilan karangan supaya lebih daya penarik. Antara ayat-ayat yang boleh dimasukkan dalam perenggan permulaan karangan ini adalah seperti berikut :

1.            Pantun

2.            Tajuk akhbar

3.            Definisi

4.            Kata-kata tokoh

5.            Anekdot (cerita pendek)

6.            Fakta sejarah

7.            Gambaran suasana peristiwa

8.            Peribahasa / cogan kata / kata hikmat

9.            Data / statistik 

10.          Persoalan (ayat tanya)

11.     Lirik lagu / pantun / sajak      

Ayat-ayat di atas tidaklah perlu mengikut urutan seperti di atas. Walau bagaimanapun, ayat persoalan (ayat tanya) perlu dikekalkan sebagai ayat terakhir atau ayat transisi (ayat yang ada kesinambungan dengan ayat isi). Selain itu, bukan semua ayat ini perlu dimasukkan dalam perenggan pendahuluan. Keperluan untuk memasukkan ayat-ayat tersebut adalah bergantung pada tema karangan atau kehendak soalan. 

 

tatabahasa : Ayat aktif dan ayat pasif

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

 

1.         Ling Ling membawa pakaian sukan ke sekolah pada setiap hari Khamis.

2.         Saya menyusun semua buku di dalam almari supaya lebih kemas.

3.         Hotel itu menyediakan juadah berbuka puasa yang sungguh sedap tetapi murah.

4.         Kanak-kanak tadika itu melukis gambar-gambar haiwan jinak.

5.         Perenang dari Malaysia merangkul pingat emas di Sukan SEA, Singapura.

6.         Kita perlu mendaki gunung itu pada awal pagi agar tiba di puncak sebelum waktu malam.




Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

 

1.         Sarapan disediakan oleh guru-guru perempuan untuk semua murid yang berkursus.

2.         Anak-anak perlu kita didik menghormati orang tua sejak kecil.

3.         Susu tepung diberikan oleh jururawat kepada bayi itu setelah ibunya meninggal dunia.

4.         Jamuan hari raya kelas kami ditaja oleh Restoran Ghulam Rasul.

5.         Hari Pekerja disambut oleh pekerja-pekerja dengan meriah di seluruh negara.

6.         Rumah Fikri digeledah oleh perompak untuk mencari wang dan barangan berharga.

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy