TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI
- Menurut Kamus Dewan (edisi
ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,
karang-mengarang dan sebagainya.
- Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
- Mengikut Kamaruddin Hj.
Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III :
Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
- Teknik merupakan suatu alat
yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran
yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
1. Teknik main peranan
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu
TEKNIK LATIH - TUBI
- Teknik latih tubu adalah
aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
- Tujuannya untuk mencapai
taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
- Ia sesuai digunakan untuk
pengajaran Bahasa Melayu
- Boleh digunakan untuk
mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat
atau mengingat fakta-fakta penting.
- Melalui teknik ini pelajar
akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
- Berasakan pengajaran bahasa
dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran
bahasa kedua.
- Mengikut teknik ini,
perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu
:
I.
Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau
sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu
situasi.
II.
Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut
hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
III.
Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan
yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
IV.
Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain
dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
V.
Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami
soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
- Teknik ini dikenali juga
dengan teknik menghafaz.
- Antara kelemahan tekni ini
ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti
murid.
- Namun begitu, teknik ini amat
berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan
dan ulangan.
TEKNIK SIMULASI
- Simulasi ditakrifkan sebagai
satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
- Melalui teknik ini para
pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi
penting.
- Dalam proses ini pelajar
digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
- Melalui teknik ini pelbagai
kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam
kemahiran lisan membaca dan menulis.
- Dapat menwujudkan pelabagi
aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
TEKNIK MAIN PERANAN
- Main peranan bermaksud
melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap
penting.
- Pelajar diberi peranan dan
bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang
disediakan.
- Main peranan ialah
dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan
peranan yang dimainkan secara spontan.
- Proses ini biasanya
dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan
kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui
filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
TEKNIK SUMBANGSARAN
- Teknik ini dikenali juga
sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi
perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat
dan idea.
- Boleh didekati sebagai
aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang
menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat
sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
- Menekankan pengeluaran idea
daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbangsaran
- Topik perbincangan sesuai
dengan kebolehan dan minat murid
- Garis panduan guru haruslah
ringkas dan jelas
- Semua cadangan dan idea yang
dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
- Setiap kumpulan mestilah
memilih pengerusi yang betul-betul layak
- Setiap ahli diberi peluang
untuk mengemukakan cadangan
- Pelajar digalakkan
menyumbang seberapa banyak idea
- Suasana perbincangan yang
tidak formal hemdaklah diwujudkan.
- Pastikan peruntukan masa
untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
- Digalakkan menggunakan
prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
- Cadangan dan idea yang
dikemukakan tidak boleh dikritik
- Setiap kumpulan dimestikan
mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
- Permainan bahasa adalah
salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
- Penglibatan dalam permainan
telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
- Kebanyakan aktiviti yang
dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Permainan bahasa mempunyai
hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara
amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini
diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut iaitu :
- merangsang interaksi verbal
pelajar
- menambah kefasihan dan
keyakinan
- menyediakan konteks
pembelajaran
- bertindak sebagai alat yang
dapat mengikis rasa bosan
- bertindak sebagai alat
pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK SOAL – JAWAB
- Merupakan teknik yang paling
lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
- Pemilihan teknik ini bukan
kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
- Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi
pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
- Soalan-soalan yang dikemukan
memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang
diajar.
- Tujuan utama teknik soal
jawab ialah :
1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
- Soalan yang terancang dan
bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
TEKNIK BERCERITA
- Merupakan salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
- Latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
- Dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan
pelajar.
- Perkembangan cerita
hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan
kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata.
- Suara memainkan peranan yang
penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
- Langkah-langkah dalam
persediaan teknik bercerita ialah :
- Pilih cerita yang sesuai
dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
- Kaji cerita itu dan cuba
masukkan aspek-aspek bahasa.
- Hafazkan frasa atau
ayat-ayat penting.
- Latih bercerita seolah-olah
guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini.
- Guru bercerita dalam keadaan
yang selesa.
- Guru boleh menggunakan
gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
- Sediakan kad-kad perkataan,
frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang
hendak disampaikan.
TEKNIK DRAMA
- Sering digunakan dalam
kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu
kaedah terus, elektif dan audiolingual.
- Tujuan utama adalah untuk
melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada
dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan
dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
- Penggunaannya dapat
mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan
matapelajaran yang dipelajarinya.
- Pelajar bebas meluahkan
sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
- Drama berperanan sebagai
ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan
pembelajaran.
- Dapat menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat
menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK INKUIRI
- Teknik ini dikenali sebagai
teknik tinjau siasat.
- Merangkumi aspek-aspek soal
selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan
masalah.
- Dapat menimbulkan daya
refleksi dikalangan pelajar.
- Merupakan satu kaedah
pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti
di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’.
Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
- Ciri lain yang terdapat
dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
- Pengendalian teknik inkuiri
ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusa
TEKNIK PERBINCANGAN
1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan
mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan
1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan
kawalan seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang
diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk
bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja
sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk
bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh
pelajar sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih
seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan
cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan
mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana
yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan
dan sebagainya.
TEKNIK FORUM
1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli
panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk,
dimana ia dijalankan secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana
pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,
kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah,
menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur
pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas
aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di
sekolah menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat
dan teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang
betul dan laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas
di kalangan pelajar.
10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan
ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
- Diperkenalkan pada tahun
1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
- Aktiviti kuiz bermula di
negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di
sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
- Tujuannya ialah :
- Guru dapat mengukuhkan
pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik
tertentu.
- Pelajar dapat mengulangkaji
sambil bergembira.
- Pelajar dapat melupakan
permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
- Pelajar dapat belajar kaedah
cara berfikir yang baru.
- Membantu pelajar memahami
sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan
bahasa yang tepat.
- Terdapat 2 bentuk pengajaran
dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
- Ia dijalankan secara spontan
pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz
dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan
pengukuhan.
- Kuiz sebagai aktiviti
pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar
Penggunaan
Keratan Akhbar dalam Pengajaran
Satu daripada kaedah yang digunakan dalam
pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar.
Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian pelajar supaya meminati pelajaran
yang diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran secara langsung
yang berterusan akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan semangat untuk
belajar.
Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai
bahan bantu mengajar disandarkan kepada pendapat seorang pakar pendidikan,
Edgar Dale (1978) yang menggariskan tujuh kepentingan penggunaan BBM:
i. merangsang minat yang
tinggi dalam kalangan pelajar.
ii. menyediakan satu dasar
kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak pemikiran dan oleh itu
mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.
iii. membekalkan satu dasar
untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh itu menjadikan pelajaran mereka
lebih kekal.
iv. menyediakan pengalaman
yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui cara-cara lain.
v. Menolong pelajar dalam
kefahaman dan oleh itu mempercepat perkembangan perbendaharaan kata.
vi. menawarkan pengalaman
yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.
vii. mendorong pelajar
untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.
Berdasarkan
hal yang diperkatakan oleh Dale, nyatalah bahawa bahan bantu mengajar
berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar. Selain itu, bahan
bantu mengajar dapat juga memberikan keseronokan kepada pelajar kerana dengan
penggunaannya, pelajar akan mengalami situasi
yang terkeluar daripada suasana pemelajaran
biasa dan seterusnya dapat menghindarkan mereka daripada berasa bosan untuk
belajar.
Penggunaan keratan akhbar boleh
dijalankan dengan membuat perancangan pada awal tahun lagi. Setiap pelajar akan
diberi tugas secara bergilir-gilir untuk membuat keratan akhbar, berupa keratan
rencana pengarang akhbar. Tarikh giliran itu ditetapkan oleh guru untuk satu
tahun iaitu, satu sesi pengajian. Keratan akhbar tersebut akan ditampal pada
setiap hari di dalam buku khas yang akan disimpan oleh setiausaha kelas.
Keratan rencana pengarang akhbar dapat memberikan sumbangan yang besar kepada
pelajar dalam aspek pengucapan lisan, terutama pelajar tingkatan 3 untuk
ujian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Aktiviti tersebut dapat
dijadikan sebagai latihan sebelum mereka diuji untuk PLBS.
Untuk aktiviti lisan, guru hendaklah memastikan setiap pelajar sentiasa
bersedia dengan keratan rencana pengarang akhbar masing-masing. Pada
setiap hari, iaitu pada sepuluh minit
pertama masa pengajaran, guru akan
meminta pelajar tampil ke hadapan bagi
memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam keratan rencana pengarang
akhbar yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa
merujuk keratan tersebut.
Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk
berucap di khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar
dalam ujian lisan. Selain itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang
petah bercakap.
Keratan
rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan
karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta
pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam keratan
tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam buku khas yang
disediakan. Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang akhbar di
kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan.
Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa kerana dalam setahun, setiap pelajar
hanya dikehendaki membuat tujuh hingga lapan keratan sahaja. Hasil daripada
perkongsian antara pelajar, mereka berjaya mengumpul semua tajuk keratan
rencana pengarang akhbar untuk setahun (365 buah keratan akhbar).
Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu
daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk
perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan
memberikan keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan
idea, serta dapat berbincang bersama-sama.
Kerja Kumpulan Membina Soalan
Kerja kumpulan membina soalan boleh dipraktikkan dalam pembelajaran
komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Aktiviti ini
memerlukan kreativiti dan mencabar minda
pelajar.
Untuk aktiviti ini para pelajar dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan sebuah karya sastera
yang terdapat dalam teks KOMSAS. Setiap anggota dalam kumpulan akan
menyumbangkan idea untuk membina soalan dan menyediakan jawapan bagi setiap
soalan yang dibina. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk
memastikan pelajar-pelajar membaca karya berkenaan dengan teliti. Hal ini
kerana untuk membina soalan memerlukan `penggubal soalan’ itu benar-benar
memahami jalan cerita dan setiap aspek sastera yang terkandung di dalamnya.
Soalan yang akan dibina pula sudah tentulah aspek yang penting yang terkandung
dalam karya sastera berkenaan, yakni soalan yang mencabar minda.
Menelaah teks komsas untuk aktiviti membina
soalan
Cara ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengenal pasti
bahagian-bahagian yang penting yang terdapat dalam karya sastera berkenaan.
Pengalaman di bilik darjah mendapati pelajar mampu membina soalan hasil
daripada perbincangan dalam kumpulan.
Selepas aktiviti membina soalan dijalankan,
sesi kuiz pula diadakan. Guru akan mengumpul soalan-soalan yang dibina
oleh pelajar dan memilih soalan-soalan yang sesuai untuk dijadikan soalan kuiz
dengan sedikit pengubahsuaian. Selain dapat mencungkil kreativiti pelajar
melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar juga akan berasa bangga
apabila soalan-soalan yang mereka bina terpilih. Manakala bagi mereka yang
soalan mereka tidak terpilih akan berusaha pada sesi pembelajaran lain supaya
soalan yang dibina akan terpilih. Suasana pembelajaran seperti ini akan
mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat kerana masing-masing pelajar bersaing
antara satu sama lain membina soalan yang berkualiti untuk dipilih sebagai
soalan kuiz.
Kaedah Hafalan Sifir Bahasa
Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
khususnya dalam tatabahasa yang rata-ratanya pelajar lemah dalam aspek
ini, kaedah hafalan boleh diperkenalkan.
Kaedah pengajaran secara hafalan, sebagaimana
hafalan sifir dalam matematik, mempunyai kaitan dengan penggunaan kata dalam
bahasa. Hal ini demikian kerana terdapat banyak pelajar yang tidak mampu
menggunakan kata dengan tepat. Dalam penulisan, penggunaan kata sendi nama dan
kata hubung banyak digunakan. Maka, pelajar mesti cekap dalam kedua-dua
penggunaan kata itu bagi menghasilkan penulisan yang baik, terutamanya dari
segi penggunaan kata dalam ayat. Kata sendi dan kata hubung biasa sangat
digunakan dalam penulisan sebagai perangkai kata atau penanda wacana. Perangkai
kata digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan, ayat dengan ayat
dan perenggan dengan perenggan. Sekiranya pelajar tidak menguasai
perangkai-perangkai kata itu, sukar untuk mereka menggunakannya dalam
penulisan.
Semua guru bahasa akan mengajarkan golongan
kata yang terdapat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan
menengah, tetapi kerap kali pelajar lupa akan fungsi kata bagi setiap kata atau
bertukar antara satu sama lain. Contohnya, antara sendi nama dari dan daripada.
Berdasarkan pengalaman penulis, diperhatikan bahawa pelajar kerap bertukar
antara kedua-duanyanya. Contohnya;
1) *Ahmad menerima surat dari kawannya.
2) *Dia tinggal tidak jauh daripada rumah ibunya.
Kedua-dua perkataan sendi
nama di atas telah disalahgunakan. Ayat (1) sepatutnya menggunakan kata sendi
daripada manakala bagi ayat (2), kata sendi yang betul ialah dari. Hal
itu berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak benar-benar faham akan
fungsi atau penggunaan kata sendi berkenaan. Kata sendi dari hanya boleh digunakan
untuk arah datangnya sesuatu dan untuk menyatakan permulaan masa. Kata sendi
daripada pula digunakan untuk hal-hal lain, seperti orang, perbandingan,
asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Kesilapan-kesilapan
yang sering berlaku inilah memerlukan suatu perkaedahan dalam pengajaran
dijalankan di dalam bilik darjah, salah satunya melalui aktiviti sifir bahasa.
Operasi Aktiviti Sifir Bahasa
1) Kaedah hafalan atau Sifir
Bahasa ini digunakan
untuk mengajarkan kesemua
jenis golongan kata.
2) Fokus diberikan
kepada kata sendi nama dan kata hubung terlebih
dahulu kerana kedua-dua kata itu kerap
digunakan dalam penulisan sebagai penanda wacana atau perangkai kata.
Kemudian diikuti dengan golongan kata yang lain pula.
3)
Pelajar diberikan senarai kata sendi nama dan kata hubung berserta
dengan fungsi atau cara penggunaannya untuk dihafal di
rumah.
4) Semasa di bilik
darjah guru akan memperuntukkan masa antara lapan hingga 10 minit pertama
sebelum sesi pengajaran dimulakan untuk aktiviti sifir bahasa. Guru akan
meminta semua pelajar berdiri dan akan mengemukakan soalan terbuka menanyakan
fungsi kata sendi nama atau kata hubung.
5) Pelajar yang tidak
berjaya semasa sesi soal jawab akan didenda iaitu membuat kerja
rumah. Pelajar dikehendaki merujuk kepada
lima kata
sendi nama atau kata hubung dengan menyatakan
fungsi setiap kata tersebut.
6) Pada hari-hari yang
berikutnya guru akan meneruskan aktiviti hafalan ini di bilik darjah
hingga semua pelajar dapat menguasai fungsi kata sendi nama dan kata hubung.
7) Pada hari-hari
seterusnya aktiviti golongan kata yang lain pula dijadikan
sebagai aktiviti seperti sebelumnya.
8)
Aktiviti ini hendaklah dibuat sepanjang tahun. Setelah kesemua
golongan
kata telah dijalankan, guru akan membuat
ulangan untuk memantapkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar.
Kaedah ini sangat berfaedah
kepada pelajar. Suasana yang menyeronok di bilik darjah dengan
sedikit `tekanan’ (denda) dapat membantu pelajar menguasai tatabahasa,
terutama golongan kata. Dengan menggunakan sifir
bahasa pelajar akan bersedia sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Lebih daripada itu, aktiviti ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dalam
kalangan pelajar. Mereka akan membuat hafalan sebagaimana mereka menghafal
sifir (kalian) untuk matematik.
Aktiviti Minda Kreatif
Kreativiti pelajar dapat dicungkil seandainya
guru bijak menjalankan aktiviti yang boleh merangsang minda pelajar. Kadang-kadang
pengajaran dan pembelajaran secara biasa tidak mampu menajamkan kreativiti
pelajar.
Pelajar yang dikategorikan
sebagai remaja merupakan golongan yang mempunyai tingkat sensitiviti yang
tinggi. Sensitiviti yang ada pada para remaja membolehkan mereka mengungkapkan
kata-kata yang menghasilkan pelahiran perasaan dan membangkitkan rasa keindahan
bahasa. Kalangan pelajar
atau
remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 15
tahun berupaya merumuskan kata yang berkesan sehingga terbentuk satu rangkai
kata yang boleh memberikan maksud dan kesan mendalam berupa kata-kata hikmat.
Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk penulisan karangan kerana markah
bonus ada diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang mampu memasukkan kata
hikmat dalam penulisan karangan.
Aktiviti ini boleh dijalankan di
dalam bilik darjah. Para pelajar diminta secara spontan menghasilkan ungkapan
penarik atau kata-kata hikmat secara spontan dalam sesi pembelajaran.
Pelajar-pelajar diberikan masa selama lebih kurang 25 minit untuk berfikir dan
mengungkapkan kata. Pengalaman penulis mendapati hasilnya sangat mengagumkan
apabila majoriti pelajar dapat menghasilkan kata-kata hikmat sendiri.
Diperturunkan beberapa contoh kata hikmat yang dihasilkan oleh pelajar.
i. Jadikan hari ini sebagai
permulaan
dan hari esok sebagai penentuan hidup
anda.
ii. Orang yang berjaya dengan
cemerlang
dalam hidupnya ialah orang yang tidak
pernah memikirkan tentang kegagalan.
iii. Setitis air tidak
boleh menjadi selautan
air, tetapi sedikit ilmu boleh menjadi
selautan ilmu.
iv. Latihan berterusan
telusnya kemahiran.
v. Setiap langkah adalah
permulaan yang
akan menyelesaikan permasalahan.
vi. Menyeru manusia kepada
kebaikan adalah
sukar berbanding mengajak manusia ke
arah keburukan.
vii. Pengalaman lalu tidak
boleh dijadikan
pengalaman yang abadi untuk dicontohi.
viii. Semalam merupakan
kenangan manakala
hari esok merupakan harapan dan pastikan
harapan itu akan menjadi kenyataan.
Aktiviti ini menjelaskan bahawa, pelajar peringkat sekolah pun mampu
berfalsafah jika mereka diberi peluang. Pembaharuan dalam P
& P dapat menggalakkan pelajar untuk menulis kata-kata hikmatnya sendiri
yang sudah tentulah akan dapat membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif
dalam kalangan pelajar.
Bimbingan Khusus Pelajar Lemah
Guru juga tidak seharusnya
melupakan pelajar yang lemah di dalam kelas yang diajar. Mereka tidak boleh
diabaikan dan usaha hendaklah diambil menangani kelemahan pelajar. Untuk aspek
penulisan umpamanya, guru boleh meminta pelajar menulis karangan dengan
bimbingan guru. Misalnya, dalam penulisan ringkasan karangan, guru boleh
membimbing pelajar menulis ringkasan karangan dengan cara menulis karangan yang
tidak lengkap pada papan kapur. Dua kaedah boleh dijalankan oleh guru seperti
di bawah.
1)
Mengosongkan bahagian isi dalam karangan
yang perlu dilengkapkan oleh pelajar.
2)
Mengosongkan bahagian pangkal ayat untuk
pelajar memasukkan penanda wacana yang
sesuai dalam ayat.
Pengajaran seperti ini
hendaklah dilakukan oleh pelajar tanpa jemu-jemu oleh guru. Pengalaman penulis
dalam pengajaran kaedah ini sangat menakjubkan apabila didapati pelajar mampu
menulis karangan dengan baik setelah menjalani latihan buat beberapa ketika.
2.1 TEKNIK IMPROVISASI
2.1.1 Pengenalan Improvisasi
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan
dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau
situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog
dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau
berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri.
Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu
latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan
bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid sentiasa
bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga
dapat meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek,
situasi dan peranan yang ditentukan.
2.1.2 Langkah-langkah Improvisasi
i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan
situasi, objek watak, petikan cerita atau gambar.
ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam
kumpulan kecil.
iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah
mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas.
iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid
mengenai penonton kerana ini untuk membentuk keyakinan murid beraksi.
v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti
supaya pergaulan social murid lebih luas.
vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak
tanpa mematahkan minat mereka untuk berimprovisasi.
2.2 TEKNIK MAIN PERANAN
2.2.1 Pengenalan Main Peranan
Main peranan merupakan satu situasi yang
melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri
atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang
dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala disebut
juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi
individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan
murid memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam
masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza
dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah diberi peluang
menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama
ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di
samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
2.2.2 Langkah-langkan Main Peranan
i. Guru mewujudkan satu situasi yang
bermasalah yang disediakan
ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai
objektif lakonan, watak-watak yang terlibat dalam situasi itu dan tempoh
berlakon
iii. Guru memilih murid-murid yang berminat
menjadi pelakon-pelakon.
iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan
mengemukakan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi .
v. Guru berbincang dengan murid tentang
prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah
vi. Guru membimbing murid-murid membuat
rumusan.
2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA
2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita
Melalui teater bercerita, teknik ini
melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan
kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan
mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita itu
seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat
maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen,
dan prosa klasik.Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan
dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon
beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan
skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan
guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.
i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip
terlebih dahulu.
ii. Murid diberi peluang membaca cerita
terlebih dahulu.
iii. Murid lain boleh mencatat maklumat
berdasarkan arahan guru.
iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid
lain beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan
aktiviti teater bercerita tersebut.
2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA
2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam
mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah
memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran
bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
Teknik ini sesuai digunakan pada semua
peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga
ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran
yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa
bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia
boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi
peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam
pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara
langsung atau tidak langsung.
2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa
i. Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan
kecil.. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan
kelancaran permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai,
guru hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan.
ii. Secara Berpasangan
Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk
gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa
secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan
bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid.
iii. Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk
aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan
cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa
tertentu.
2.5 TEKNIK BERCERITA
2.5.1 Pengenalan Bercerita
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang
sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan
sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman,
perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian
agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu
diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara
memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar
dan tidak menimbulkan kebosanan.
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan
daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai
kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan
bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid
berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi
atau mimik muka mereka.
2.5.2 Langkah-langkah Bercerita
i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur,
kecerdasan dan minat murid-
murid.
ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi
pelajaran yang hendak disampaikan.
iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan
aspek-aspek bahasa.
iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di
hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vii. Guru boleh menggunakan gambar,
objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa
atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
disampaikan.
3.0 TEKNIK IMPROVISASI
3.1 Pengenalan Improvisasi
Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi
bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa
persediaan awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada
sahaja.
Improvisasi sering dilaksanakan dalam
pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi
kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi
yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta
mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan.
Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna
secara maksimum.
Teknik improvisasi ialah teknik lakonan
spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/
murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea
yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid
mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.
Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi
membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak
dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan
petunjuk.
Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih
murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi)
dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong
dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.
3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI
3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan
Guru perlu bersedia menghadapi
ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap,
tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka
guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting ialah
bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang
diberikan oleh guru secara spontan.
3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna
Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan
dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita
bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan
idea.
3.2.3 Menyediakan saranan
Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan
atau rangsangan untuk menjana idea murid dalam improvisasi.
3.2.4 Tidak perlu penonton
Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran
penonton yang formal. Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana,
murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika
aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa
yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran
yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas
memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.
3.2.5 Aktiviti berkumpulan
Guru hendaklak menggalakkan muridmurid
berkerja secara kumpulan dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti
supaya pergaulan social murid lebih luas.
3.2.6 Bijak melayani permintaan
Guru perlu bijak dan bersedia melayani
permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara
spontan.
3.3 PERANAN IMPROVISASI
3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi
Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana
teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang
optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid
dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang
otak mereka untuk lebih berfikir
3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa
Guru dapat menggalakkan murid untuk
berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi
terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut
murid berdialog secara spontan.
Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran
berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid
berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna
mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan
lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun
berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu
menambahkan kemahiran berbahasa murid.
3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.
Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana
melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat
terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang
ceria dan terkawal.
Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat
digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria.
Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan
pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya
rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.
3.3.4 Pembelajaran kolaboratif
Pengaplikasian teknik improvisasi boleh
membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang
diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila
murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu
sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi murid
kolaboratif.
3.3.5 Pengurusan masa
Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan
melalui aktiviti improvisasi. Murid diberikan masa yang tertentu untuk mereka
menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi
berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam jangkamasa yang telah
ditetapkan guru.
3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri
Improvisasi memerlukan murid beraksi di
hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi
satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk
pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.
3.4 AKTIVITI IMPROVISASI
3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi
Satu situasi diberikan kepada murid secara
individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi
secara spontan.
teknik ini boleh dijalankan untuk semua
peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan
kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, arnab, beruang dan
lain-lain) bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar
lain dapat meneka siapakah anda?
contoh 2 : seorang murid baru pindah ke
sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke
kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua melayaninya?
3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar
Gambar diberikan atau dipamerkan kepada
murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid
dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.
3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita
Petikan cerita atau insiden tertentu dalam
cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan
plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan
penghayatan isi kandungannya.
3.4.4 Improvisasi berdasarkan objek
Teknik menggunakan objek tertentu bagi
merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh
diganakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan kostum.
3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
Watak cerita binatang boleh digunakan seperti
watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah.
3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi
Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk
menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.
3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI
Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis
aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti
tersebut adalah seperti yang berikut:
3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )
Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak
prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/
persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan
dipantau oleh guru.
Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita
berdasarkan peralatan tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih
bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat
menyarankan perwatakan tertentu.
3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous
Improvisation )
Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk
kanak-kanak memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian
denagn situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat
orang lain.
Guru juga harus membantu dan menggalakkan
kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan
imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang
lain.
Namun begitu perlu dingatkan bahawa
improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. Perkara utama
ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi
antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.
3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal
Improvisation )
Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog
( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita.
Murid juga boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang
difikirkan sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan
seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat
dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau
berkumpulan.
3.5.4 Main Peranan ( Role Play )
Dalam aktiviti ini, murid hendaklah
berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka
diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk
beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.
Untuk menghayati watak yang diberikan, murid
perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan
beberapa soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga,
pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan
pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan. Disamping itu
murid perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi watak, melukis potret, dan
membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.
Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak
daripada orang persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di
dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.
3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed
Improvisation )
Improvisasi ini berbeza dengan yang lain
kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan.
Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan
menghasilkan sesuatu persembahan.
Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan
kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan
tersebut.
3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel
Improvisation )
Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau
yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru.
Contohnya menggunakan pengalaman membuat
persiapan untuk bercuti seperti menyediakan pakaian dan sebagainya dan
menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak
mengadakan ekspedisi.
3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI
Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh
cara mengembangkan idea;
3.6.1 Diubah
Mengubah senario dalam cerita seperti dalam
cerita Si Tanggang, andai jika Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia
dan ibunya akan hidup bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti
mengubah serita Batu Belah Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar
ibunya hingga ke gua Batu Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk ke dalam
gua tersebut, adakah mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?
3.6.2 Dikecilkan
Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia
menjadi kecil, hidup dalam habitat serangga seperti karya “ Honey! I Shrunk The
Kids” dan “Rama-Rama” karya Syed Ali Syed Hassan.
3.6.3 Dibesarkan
Gambaran atau situasi diberikan seperti murid
berada dalam dunia zaman dynasour. Apakah yang akan murid lakukan untuk
m,enghadapi ancaman dynasour tersebut?
3.6.4 Digantikan
Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak
boleh digantikan seperti menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak
baru yang difikirkan lebih cerdik.
3.6.5 Disusun semula
Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian
pada era sekarang seperti cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh
Betong.
3.6.6 Diterbalikkan
Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti
contoh:
i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?
ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?
iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?
3.6.7 Digabungkan
Menggabungkan beberapa idea atau senario atau
cerita menjadi sebuah cerita baru.
4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM
PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh : 1Julai 2010
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari ( 60 minit
)
Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan
12 perempuan)
Tema : Cerita Teladan
Tajuk : Monyet Yang Pintar
Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan
Bertutur, Membaca dan Menulis.
HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu
perkara yang
didengar, ditonton,dibaca atau dialami
5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan,
intonasi
dan gaya pembacaan yang sesuai
11.0 Membuat ulasan tentang bahan
yangdidengar, ditonton
atau dibaca
HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata,
frasa, ayatserta sebutan dan intonasi yang baik, jelas dan teratur.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah
secara
umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan
perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.
HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan
sebutan,intonasi
dan penghayatan yang sesuai.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan
bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam
teks.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid
dapat;
1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan
kelas dengan gaya, sebutan dan intonasi yang sesuai.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang
grafik yang diberikan.
Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
i) Sebutan dan intonasi :ganas,
mempersembahkan,
ayat penyata
ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa
iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah,
herdik
Kemahiran Bernilai Tambah
i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan
Linguistik, Kecerdasan
Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,
ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan
alasan
iii) Kajian Masa Depan
iv) Pembelajaran Konstruktivisme
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :
Pendekatan Berpusatkan Murid
Kemahiran generik : Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur,
membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni :
baik hati, kerjasama
iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan
sebutan dan
intonasi yang betul
iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan
bahasa
berserta maksud yang terdapat dalam petikan.
v) Penilaian : Mengisi borang grafik
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Bahan Multimedia :LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan,
lembaran kerja
iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng
binatang
Pengetahuan Perlu Ada :
i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.
ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit) 1. Kotak Ajaib
2. Teka-teki;
rasanya manis sedap sekali,
berkulit kuning banyak khasiat,
tumbuh subur di tepi kali,
dibuat kuih dibuat lepat. • Guru membacakan
teka-teki kepada murid.
• Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada
dalam kotak ajaib tersebut.
• Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah
pisang seterusnya mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.
Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)
Langkah 1
(8 minit) Petikan cerita;
Monyet Yang Pintar
(Lampiran A) • Murid diberikan petikan.
• Murid membaca petikan dengan gaya dan
intonasi yang betul.
• Guru meminta beberapa orang murid membaca
petikan dengan kuat.
• Murid lain mendengar dan member komen
mengenai intonasi dan nada.
SP:Koperatif
PP(Berpusatkan murid)
Langkah 2
(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;
1. Improvisasi Verbal
( Verbal Improvisation )
• Sambung dialog
2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play )
• Watak binatang dalam petikan
• Murid –murid dibahagikan dalam kumpulan 5
orang.
• Murid dikehendaki
berbincang dan menetapkan setiap seorang satu
watak binatang tersebut.
• Murid dibenarkan mereka sendiri dialog
dengan meramalkan cerita atau menambahkan watak dalam cerita tersebut.
• Guru memberi bimbingan mengenai struktur
ayat (dialog) yang dicipta murid.
PP(Berpusatkan murid)
SP:Koperatif dan Kolaboratif
KBT
-Verbal linguistik
SP:Kontek luar
Nilai: kerjasama
Langkah 3
(25 minit) Persembahan improvisasi
• Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki
membuat persembahan dengan setiap seorang mewakili watak binatang.
• Murid dalam kumpulan lain dikehendaki
memerhati setiap watak dalam improvisasi murid tadi.
• Guru memberi komen dan meminta murid lain
juga memberi pandangan mereka mengenai watak dan perwatakan.
KB
(mempersembah-kan maklumat)
Langkah 4
( 7 minit) Latihan 1
Melengkapkan borang grafik (Lampiran B)
• Menulis watak dan perwatakan
• Pengayaan
- mengecam dan menulis simpulan bahasa
• Guru mengedarkan borang grafik.
• Murid diminta mengisi borang grafik tersebut
berdasarkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam teks dan juga dari
improvisasi kumpulan.
• Guru berbincang dengan murid jawapan yang
tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan)
Penutup
( 5 minit ) Lagu ‘pisang goreng’
(Lampiran C)
• Murid menyanyikan lagu pisang goring
• Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran
serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini.
KG;TMK
Tajuk 10 : Pengaplikasian Pelbagai
Teknik Pengajaran Bahasa
Tajuk 10 |
Pengaplikasian Pelbagai Teknik
Pengajaran Bahasa · Teknik Drama (mimos, arca,
improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu,
dikon) · Teknik Permainan Bahasa · Teknik Latih Tubi · Teknik Bercerita |
Sinopsis
Teknik
pengajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pemilihan teknik pengajaran perlu dilakukan dengan teliti agar
pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang.
Antara teknik yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa adalah:
· Teknik Drama
· Teknik Permainan Bahasa
· Teknik Latih Tubi
· Teknik Bercerita
· Teknik Main Peranan
· Teknik Simulasi
Teknik-teknik
pengajaran bahasa dapat ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan
pembelajaran melalui pelbagai aktiviti. Dengan demikian proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.
Hasil
Pembelajaran
2.2 Mengkaji
konsep dan pelaksanaan kaedah natural,
tatabahasa terjemahan
dan terus.
3.4 Mengaplikasi
kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran
dalam aktiviti pengajaran mikro.
Teknik Pengajaran Bahasa
- Teknik adalah satu
bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik
darjah
- Menurut Kamus Dewan (edisi
ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,
karang-mengarang dan sebagainya.
- Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
- Mengikut Kamaruddin Hj.
Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III :
Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan
untuk mencapai sesuatu objektif.
- Teknik merupakan suatu alat
yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran
yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih perlu
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti.
Teknik-teknik
Pengajaran Bahasa
1. Teknik drama
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik main peranan
6. Teknik simulasi
7. Teknik inkuiri
8. Teknik perbahasan
9. Teknik kuiz
10.
Teknik sumbangsaran
11.
Teknik soal jawab
12.
Teknik perbincangan
13.
Teknik forum
14.
Teknik dialog
Tujuan teknik
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan rasa ingin tahu
10.1 Teknik Drama
Menurut Sir John Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan yang
berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku,
serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan,
tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.
Antara teknik drama ialah mimos,arca, improvisasi, main peranan, simulasi,
teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon.
- Sering digunakan dalam
kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu
kaedah terus, elektif dan audiolingual.
- Tujuan utama adalah untuk
melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada
dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan
sebagainya) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
- Penggunaannya dapat
mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan
matapelajaran yang dipelajarinya.
- Pelajar bebas meluahkan
sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
- Drama berperanan sebagai
ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan
pembelajaran.
- Dapat menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat
menyuburkan sahsiah pelajar.
Teknik drama:
1. Mimos
2. Arca
3. Improvisasi
4. Main peranan
5. Simulasi
6. Teater bercerita
7. Pentomin
8. Mestamu
9. Dikon
1. Mimos
Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka
bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa
dialog.Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan
perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.
Bahan untuk aktiviti :
Kisah pendek, bahagian - bahagian cerita petikan puisi, cerita
panjang yang lengkap.
Contoh aktivti mimos :
i. Individu
Guru
menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.
a) Anda
sedang membaca surat khabar semasa angin
bertiup kencang.
b) Anda
sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.
ii. Berpasangan
Guru
memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi
spontan)
dan
seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon)
a) Seorang
doktor sedang merawat pesakit.
b) Anda
sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.
2. Arca
Patung yang menyerupai seseorang
Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera
Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal
Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya
sastera
3. Improvisasi
Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian ,
keadaan/situasi dalam kehidupan seharian.
Contoh aktiviti :
Improvisasi
berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang
tinggal berdekatan dan
selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di
beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak
ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk menjadi
askar.Anaknya tidak pulang-pulang tetapi perempuan tua itu percaya anaknya
akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang untuk perkahwinan anaknya
kelak.
4. Main peranan
Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang
dipetik daripada
peristiwa, novel,cerita atau situasi.
Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Contoh
situasi:
a) Situasi
menziarahi orang sakit
b) Situasi
di pejabat sekolah.
5. Simulasi
Mempunyai elemen-elemen dunia
sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan
di dalam
bilik darjah.
Situasi
dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman,
dan pembacaan yang
dilakukan murid.
Contoh
aktiviti :
a) Memandu
kapal terbang
b) Menerima
rawatan di wad kecemasan
6. Teater bercerita
Teknik drama bercorak
cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan
antara
pencerita dengan
pelakon.
Guru mengatur kedudukan
murid dalam separuh bulatan.
Pelakon boleh membina
dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik. Apabila
pencerita
menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh keluar ke
ruang lakon
secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.
7. Pentomin
Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang
mengiringi lakonan tersebut.
Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah
untuk menghafal dialog.
Contoh
aktiviti :
Peristiwa
malam kemerdekaan negara
8. Mestamu
Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan
sajak atau puisi yang dipelajari.
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan
seloka.
9. Dikon
Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai
dengan
maksud sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk sajak.
10.2 Teknik Permainan Bahasa
- Permainan bahasa adalah
salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
- Penglibatan dalam permainan
telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan
intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.
- Kebanyakan aktiviti yang
dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Permainan bahasa mempunyai
hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara
amnya dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan khususnya. Hala tuju ini
diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut iaitu :
- merangsang interaksi verbal
pelajar
- menambah kefasihan dan
keyakinan
- menyediakan konteks
pembelajaran
- bertindak sebagai alat yang
dapat mengikis rasa bosan
- bertindak sebagai alat
pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
10.3 Teknik Latih Tubi
- Teknik latih tubi adalah
aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
- Tujuannya untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya.
- Teknik latih tubi sesuai
digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
- Boleh digunakan untuk
mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat
atau mengingat fakta-fakta penting.
- Melalui teknik ini pelajar
akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
- Berasaskan pengajaran bahasa
dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran
bahasa kedua.
- Mengikut teknik ini,
perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu
:
i. Sebutan (accent)
Menyebut
patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasukintonasi yang membawa
makna dalam sesuatu situasi.
ii. Tatabahasa (grammer)
Penggunaan
bahasa yang tepat mengikut hukum tatabahasa
daripada semua aspek.
iii. Perbendaharaan kata (vocabulary)
Meluaskannya
dengan penggunaan imbuhan yang sesuai
mengikut konteks dalam situasi tertentu.
iv. Kefasihan (fluency)
Menggunakan
perkataan dan lain-lain dengan cara spontan
tanpa memikirkan
apakah maksudnya.
v. Kefahaman (comprehension)
Latihan
memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
· Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
· Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan
berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
· Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
10.4 Teknik Bercerita
- Merupakan salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
- Latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
- Dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan
pelajar.
- Perkembangan cerita
hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan
kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata.
- Suara memainkan peranan yang
penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
- Langkah-langkah dalam
persediaan teknik bercerita ialah :
- Pilih cerita yang sesuai
dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
- Kaji cerita itu dan cuba
masukkan aspek-aspek bahasa.
- Hafazkan frasa atau
ayat-ayat penting.
- Latih bercerita seolah-olah
guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini.
· Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
· Guru boleh bercerita tanpa alat atau dengan menggunakan alat sebagai
bahan bantu.
10.5 Teknik Main Peranan
- Main peranan bermaksud melakonkan
sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
- Pelajar diberi peranan dan
bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang
disediakan.
- Main peranan ialah
dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Pelakon-pelakon cuba
menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain
supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan.
- Proses ini biasanya
dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan
kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui
filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
10.6 Teknik Simulasi
- Simulasi ditakrifkan sebagai
satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
- Melalui teknik ini para
pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi
penting.
- Dalam proses ini pelajar
digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
- Memberi peluang kepada
pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
- Melalui teknik ini pelbagai
kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam
kemahiran lisan, membaca dan menulis.
- Dapat mewujudkan pelbagai
aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Tugasan:
Berdasarkan satu hasil pembelajaran
yang dipilih daripada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, jelaskan bagaimana anda
dapat melaksanakan pengajaran dengan menggunakan satu
teknik pengajaran bahasa di bawah;
• Teknik
Drama
• Teknik
Permainan Bahasa
• Teknik
Latih Tubi
• Teknik
Bercerita
Teknik-teknik Pengajaran
Bahasa
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan
Teknik forum
Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK
Menarik Minat murid
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan ras ingin tahu
TEKNIK LATIH - TUBI
Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :
Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi
yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam
situasi tertentu.
Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan
apakah maksudnya.
Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.
Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran
yang memerlukan ikutan dan ulangan.
TEKNIK SIMULASI
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi
dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan
yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
TEKNIK SUMBANGSARAN
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah
dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada
peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbang saran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala
tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut iaitu :
merangsang interaksi verbal pelajar
menambah kefasihan dan keyakinan
menyediakan konteks pembelajaran
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK SOAL – JAWAB
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat
menguji dan menilai apa yang diajar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar
di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.
TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
TEKNIK DRAMA
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa
atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,
disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK INKUIRI
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang
berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat
dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan
soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai
soalan.
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang
sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
Proses mengenali masalah
Mengkaji ramalan
Mengumpul maklumat
Menganalisis
Membuat rumusa
TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan
fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan
seorang guru.
Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang
diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk
bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja
sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk
bercakap dan mengeluarkan pendapat.
Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar
sendiri.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang
ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara
berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.
Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang
penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan
sebagainya.
TEKNIK FORUM
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia
dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana
pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,
kreatif dan rasional.
Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik
dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas
aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian
dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah
menengah.
Antara manfaat teknik ini ialah :
Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur
Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan
laras bahasa yang sesuai.
Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di
kalangan pelajar.
Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan
ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British
(B.B.C).
Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah
Melayu.
Tujuannya ialah :
Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai
topik-topik tertentu.
Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan
secara teka-teki.
Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna
dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
9 PERKARA PENTING MENGAPA KITA HARUS MEMOTIVASIKAN DIRI
1 Motivasi diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke
sebarang tahap yang diingininya.
2 Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam
motivasi diri sendiri. Dia memulakan dari dirinya sendiri, kerana dialah yang
memiliki kunci penggerak dirinya.
3 Alasan yang lumrah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu ialah kerana
mengabaikan sama sekali tenaga motivasi diri sendiri.
4 Adalah mustahil untuk memotivasikan diri orang lain, sebelum kita belajar
memotivasikan diri kita sendiri.
5 Peluang akan berada di mana-mana bagi seseorang yang mengerti dan mengunakan
motivasi diri sendiri.
6 Orang yang bermotivasi diri sendiri melibatkan diri, orang-orang biasa hanya
berjanji.
7 Pada asasnya apa yang kita perolehi dari hidup ini bergantung kepada
bagaimana kita menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi diri sendiri.
8 Tenaga motivasi diri sendiri datang dari satu tindakan rancangan peribadi
teguh dan pelaksanaan rancangan tersebut dalam kehidupan anda setiap hari.
9 Jika kita tidak dapat memanafaatkan tenaga anda dan potensi anda sendiri maka
mental kita akan terlantar sepanjang hayat.
SIFAT KEGAGALAN
KETIDAKYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI
Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan untuk melaksanakan usaha atau kerja yang
dihadapinya.
SIKAP MELENGAH-LENGAHKAN KERJA
Melengahkan keputusan penting, tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan
masalah selesai dengan sendirinya akan memburukkan keadaan.
SIFAT BERPURA-PURA
Sikap egoistik dan memandang status. Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak
mahu berfikir dan maju ke hadapan.
SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang apa sekali pun.
Berpuashati dengan apa yang ada tanpa berusaha lagi.
HIDUP
TANPA TUJUAN
Tidak
mempunyai cita-cita untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna.
SIFAT
KEJAYAAN
1.
FIKIRAN YANG TETAP
Tetapkan
matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan
jangka masa itu matlamat tercapai.
2.
PERANCANGAN
Kemahuan
hendaklah dirancng terlebih dahulu.
3.
SEMANGAT DAN AZAM
Azam
yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.
4.
PERCAYA DIRI SENDIRI
Kepercayaan
kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.
Teka Silang Kata: Simpulan Bahasa
Melintang
1. bercakap besar tanpa ilmu
5. tajam pendengaran
6. sukar untuk membuat keputusan
8. kurang jelas pendengarannya, tidak dapat
mendengar bunyi yang kuat
9. tergamak melakukan sesuatu perkara yang
tidak disangka-sangka
Ke Bawah
2. orang yang jahat dan suka mengganggu orang
lain
3. cepat-cepat lari kerana ketakutan
4. melakukan sesuatu tanpa berfikir
6. negara-negara di sebelah timur
7. anak yang disayangi oleh ibu bapa atau
ketuanya
0 Komen:
Catat Ulasan