Teknik Mengembangkan Isi Karangan
Formula :
IMPAK – soalan langkah/usaha
KESAN – soalan kesan
PUNCA – soalan punca
FAEDAH – soalan kebaikan/kepentingan
KAEDAH 5W 1H – soalan laporan peristiwa
Formula IMPAK
- Formula IMPAK sesuai untuk karangan jenis langkah atau usaha
I - Isi tentang langkah / usaha
(cara yang dilaksanakan)
M - Mengapa perlu dijalankan (
masalah sebelum ini)
P - Pengembangan / penerangan bagaimana
langkah tersebut harus dilaksanakan/dijayakan oleh sesuatu pihak /agensi
berkenaan
A - Masukkan alibi(bukti dan keterangan
tentang langkah tersebut sebagai contoh)
K - Kesan positif langkah yang
diambil/bakal dijalankan
·Setiap perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 6-8 ayat.
·Susunan ayat / idea bebas sama ada deduktif, indukif dan gabungan.
Soalan Contoh
Huraikan langkah-langkah yang boleh
diambil oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan
bertaraf antarabangsa
Rangka Jawapan
I -Isi / langkah ~
memperkenalkan Malaysia di luar negara.
M - Mengapa/ masalah sebelum ini ~
Malaysia indah tetapi belum dikenali ( iklim, flora-fauna, masyarakat majmuk,
pelbagai budaya, syurga makanan dll)
P - Pengembangan / bagaimana
melaksanakan ~ Malaysia boleh diperkenalkan melalui media elektronik dan cetak
(internet, halaman, risalah, iklan, dokmentari)
A - Alibi (contoh / bukti ) ~ pembikinan
Majalah 3 oleh TV3, Warisan Sungai oleh RTM, Rencana dalam Majalah ‘Going
Places’ oleh MAS.
K - Kesan ~ kedatangan pelancongan
bertambah / pertukaran wang asing meningkat.
Formula KESAN
- Menghuraikan isi kesan sesuatu perkara.
K - Kesan (isi) / ayat topic
E - ‘Explain’ bagaimana berlaku / terjadi
kesan tersebut
S - Sebab terjadi demikian
A - Alibi ( contoh/ bukti kejadian)
N - Natijah/ kesan keseluruhan
Soalan Contoh
Kemasukan warganegara asing ke negara
ini secara haram menimbulkan pelbagai kesan kepada rakyat negara ini. Huraikan
kesan-kesan tersebut.
K -Kesan(isi) ~ merampas peluang
pekerjaan rakyat tempatan.
E - Explain / bagaimana ~ majikan lebih
suka mengupah mereka
~ suka membelakangkan warga tempatan
~ sanggup berhentikan pekerja tempatan untuk memberikan laluan kepada
warga asing
S - sebab ~ merupakan pekerja yang rajin dan baik
~ berasal dari keluarga yang miskin
~ sanggup melakukan sebarang pekerjaan
~ tidak memilih / cerewet tentang upah
A - Alibi / contoh ~ berlaku di
sektor perladangan
~ berlaku di sektor pembinaan, perkilangan
N - Natijah (akibat) ~ kadar
penggangguran pekerja tempatan meningkat
~ kadar jenayah meningkat
Formula PUNCA
Huraian isi sebab / punca / faktor sesuatu perkara
P - Point (sebab / punca / faktor)
U - Ulasan isi / point (definisi,
mengapa,bila, di mana, siapa)
N - Naratif (ceritakan) bagaimana terjadi
/ berlaku
C - Contoh / bukti
A - Akibat / Natijah / Kesan
Contoh soalan
Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah
P - Point (punca) – punca tertarik
/ terpengaruh oleh dorongan material
U - Ulasan ~ dorongan material tersebut
ialah mahu hidup bergaya, kelihatan cantik dan
anggun, merasai
nikmat keduniaan
N - Naratif – tergoda oleh cerita rakan –
meninggalkan sekolah dan membelakangi ibu bapa – akibat mentah dalam pemikiran
/ kurang asam garam kehidupan
C - Contoh – kajian oleh pihak
polis membuktikan faktor tersebut, hasil temu ramah dengan mangsa /
reaksi mangsa dalam Kisah Benar di TV 3
A - Akibar – Remaja menggilai nilai-nilai
kebendaan tetapi malang tidak berbau – remaja terjebak ke
dalam kancah maksiat / lembah kehinaan seperti menagih dadah, pelacuran
Formula KAEDAH
Menghuraikan isi faedah sesuatu perkara
Fa - Fakta iaitu Faedah / Kebaikannya
E - ‘Explain’ bagaimana terjadi / berlaku
/ diperolehj
Da - Dalil (keterangan, bukti, contoh
faedah)
H - Hujah pendirian { penulis / ayat
kesimpulan }
Contoh
Faedah / Kebaikan Teknologi maklumat
Dalam bidang perubatan
Fa - Teknologi maklumat untuk
mendiagnosis pesakit dan mengenal pasti penyakit
E - Data maklumat lengkap – mudah
dibandingkan / dianalisis
Da - Komputer menerima imput tentang
status pesakit – memproses input – contoh
H - Terbukti bahawa Teknologi maklumat
dapat dimanipulasikan untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan perubatan negara kita
Dalam bidang pendidikan
Fa - Memudahkan
pelajar-pelajar berhubung dengan pensyarah-pensyarah di dalam atau di luar
negara
E - Pelajar dapat berkomunikasi secara
langsung dengan pensyarah berhubung masalah pembelajaran
Da - Telesidang dan internet memungkinkan
komunikasi dua hala berlangsung
H - Dalam hal ini, Teknolgi Maklumat
bukan sahaja menjimatkan kos malah menjimatkan masa.
Formula KEDAH 5 W 1 H
Huraikan untuk soalan laporan peristiwa
Apa - Apa peristiwa yang ingin dilaporkan
Bagaimana - Bagaimana peristiwa tersebut berjalan
atau dilaksanakan atau berlaku
Siapa - Siapa yang terlibat dalam
peristiwa terebut
Di mana - Di mana peristiwa itu berlaku
Bila - Bila ia berlaku / tarikhnya
Mengapa - Mengapa berlaku atau mengapa diadakan
0 Komen:
Catat Ulasan