KARANGAN
JENIS PERIBAHASA
Peribahasa merangkumi simpulan
bahasa,perumpamaan,pepatah dan bidalan.
Karangan
jenis ini memerlukan pelajar memahami maksud
peribahasa yang diberikan.
Karangan jenis ini memerlukan daya imagimasi dan
kreativiti.
Ada dua teknik yang digunakan untuk menulis karangan
jenis peribahasa.
Teknik
Cerita
i. Cerita yang ditulis
itu mestilah dapat menjelaskan maksud peribahasa.
ii. Cerita tersebut
mestilah ada permulaan,kemuncak dan penutup.
iii. Pelajar boleh
memasukkan dialog,imbas kembali,imbas muka atau teknik penulisan cerita yang
lain supaya karangan menjadi lebih menarik.
Teknik
Huraian
i. Teknik ini memerlukan
pelajar faham akan maksud peribahasa yang tersurat dan tersirat.
ii. Pelajar juga boleh
memasukkan cara peribahasa itu wujud dalam masyarakat.
iii. Kaitkan dengan
keadaan semasa atau masyaraakat hari ini.
iv. Berikan contoh
peribahasa yang sama erti dan yang berlawan dengannya.
v. Huraikan pengajaran
daripada peribahasa itu dan contoh-contohnya.
0 Komen:
Catat Ulasan