Carian Dalam Blog
#Label
AKTIVITI TEMUDUGA
Nota Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada
Sinopsis
Cerita memaparkan percubaan
raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan Melaka yang tidak kesampaian
kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka.
Ceritanya bermula pada
zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwi begitu kuat
sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan
Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi
surat sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya
Awi Cakri membawa hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang
Melaka melalui hulu Pahang. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita
tentang rancangan serangan Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka
dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telah
datang membawa bersama-sama dengan anak isteri
masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta dilantik oleh sultan sebagai bentara
kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.
Seri Amerta telah diminta
oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut. Tindakan Tun Perak itu
dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta Seri Amerta
jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang Kelang
yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan
berperang dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli
Yang diPertuan, baginda amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu
menitahkan Tun Perak terus bermastautin di Melaka. Apabila serangan Siam itu
telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai bentara di Melaka.
Tidak lama kemudian Seri
Amerta menyuruh Tun Perak menghadap kerana ada seorang orang Kelang mengadu
bahawa dirinya dianiayai oleh Tun Perak. Setelah disoal siasat, Tun Perak
menyatakan bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas dan tanggungjawab
diamanahkan oleh Sultan. Sultan
bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri
dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja.
Seri Nara Diraja sudah tua
dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang anak perempuan yang bernama
Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah
isterinya itu mangkat barulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa
baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tun Nina Madi hasil
perhubungan dengan gundik istana.
Pada masa itu masyarakat
Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka Raja dan puak Seri Nara
Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua orang besar ini
tidak dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh
Sultan Muzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika
pembesarnya saling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan
penyelesaian dengan mencai jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya
telah ditolak oleh Seri Nara Diraja sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu
anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepada Paduka Raja. Justeru,
hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda
bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara
Diraja menjadi penghulu bendahari.
Tidak lama kemudian orang
Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka. Sultan mengetahui
hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan
segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama
Tun Umar yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga
buah perahu Siam telah dikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam
menjadi takut dan membatalkan hasrat menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja
menggunakan strategi memasangkan puntung api pada pokok-pokok di sepanjang
pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawa untuk mempertahankan
Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam berundur,
Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang
mulia.
Walau bagaimanapun, berita
kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam
itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi
anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju
lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang
kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka.
Apabila berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan
Melaka, Sidi Arab yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau
Pandan yang berada di Siam. Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang
Melaka itu telah terkena panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu
mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang
setimpalnya.
Setelah empat puluh dua
tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya baginda mangkat dan
digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah. Ketika
menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak
Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak,
adil, dan murah hati yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.
Tema
Keghairahan Siam menyerang
Melaka tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan menyiasat kekuatan pihak lawan
terlebih dahulu sebelum mengatur serangan.
Pantun Buka Bicara Tu Bulan Tu Bintang
Buka
Bicara
Tu Bulan Tu Bintang
Tu
bulan tu bintang
Tu
pucuk kayu ara
Datanglah
tuan puan duduklah sama-sama
Tu
bulan tu bintang
Tu
pucuk kayu ara
Lelaki
perempuan, datang dengan gembira
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Sama mendidik insan jadi orang berguna
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Sama duduk berbincang mendidik anak
bangsa
Tu
bulan tu bintang
Tu
pucuk kayu ara
Jangan
merasa bimbang, kerja di mana saja
Tu
bulan tu bintang
Tu
pucuk kayu ara
Di
kampung pedalaman, di tengah bandaraya
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Cikgu-cikgu yang datang baik-baik
belaka
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Semua murid sayang, cikgu rasa gembira
Tu
bulan tu bintang
Tu
pucuk kayu ara
Jadi
guru gemilang, kebanggaan negara
Kita
semua sayang, kepada murid kita
Kita
semua sayang, sayangkan bangsa kita…
Kita
semua sayang………sayang negara kita…
Pantun Mengenang Nasib
Pantun
Mengenang Nasib
Pisau raut hilang di rimba,
Pakaian anak raja di Juddah;
Karam di laut boleh ditimba,
Karam di hati bilakah sudah.
Kusangka nanas di tengah
Kiranya pandan yang berduri;
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari.
Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa tahu.
Apa diharap kepada tudung,
Tudung saji terendak Bentan;
Apa diharap kepada untung,
Untung nasib permainan badan.
Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 3
Nazam Kasih Ayah dan Ibu
Nazam
Kasih Ayah dan Ibu
Ibu
mengandung sembilan bulan
Lebih
dan kurang tak ditentukan
Lahirkan
dikau berapa kesakitan
Berpantang
pula minum dan makan
Cukuplah
masa sampai ketika
Lahirlah
engkau ke dalam dunia
Barulah
suka ibu dan bapa
Kepada
engkau sangat kasihnya
Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu merasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit
Setelah
kamu sudahlah ada
Siang
dan malam ibumu jaga
Tidurpun
tidak barang seketika
Makan
dan minum tidak berasa
Berapalah
dian dengannya tanglung
Diangkat
dituam lalu dibedung
Sudahlah
jaga lalu didukung
Kasih
dan sayang tidak tertanggung
Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga di tengah malam
Tidurpun tidak lekat di tilam
Rela
ibumu menanggung hutang
Kain
dan baju tidak dipandang
Basah
di ampai kering di pinggang
Didukung
galas tidak berenggang
Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ibu bapamu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman
Hai
segala anaknya Adam
Kasihnya
ibu tiada sempadan
Kasihnya
ayah rela berkorban
Badan
dan nyawa jadi taruhan .
(Disesuaikan
: Warna Sari Sastera Melayu Tradisional hal. 367-370)
Pantun Perpisahan
Pantun
Perpisahan
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan mana,
Dapat kita bertemu lagi.
Kelip kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Orang Acheh sedang sembahyang,
Hari Jumaat tengah hari;
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.
Mana Manggung mana Periaman,
Mana batu kiliran taji;
Tinggal kampung tinggal halaman,
Tinggal tepian tempat mandi.
Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Seuntai
Kata Untuk di Rasa (T2), hlm. 4-5
Pantun Joget Pahang
Pantun
Joget Pahang
Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli berangan;
Kami mengucap selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.
Melenggang
ai melenggang lenggang tari lenggang
Kalau
baik hati nanti orang pun sayang
Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan;
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.
Melenggang
ai melenggang lenggang tari lenggang
Kalau
baik hati nanti orang pun sayang
Pukul gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari menari;
Kami ini daganglah merantau,
Mengharap belas orang di sini.
Melenggang
ai melenggang lenggang tari lenggang
Kalau
baik hati nanti orang pun sayang
Seuntai
Kata Untuk di Rasa, hlm. 6
Nota Gurindam Beberapa Petua Hidup Tingkatan 5
GURINDAM BEBERAPA PETUA
HIDUP
MAKSUD
Rangkap 1
Orang yang kurang berfikir
dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah.
Rangkap 2
Sesiapa yang bercakap
kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.
Rangkap 3
Sesiapa yang suka bergaduh
sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan.
Rangkap 4
Sekiranya mempelajari ilmu
separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam kehidupan
Rangkap 5
Ilmu pengetahuan boleh
diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.
Rangkap 6
Dunia merupakan tempat
untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari
rakan yang sesuai.
Rangkap 7
Sesiapa yang melakukan
kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.
Rangkap 8
Orang yang menganiayai
orang lain akan dimurkai oleh Tuhan.
TEMA
Nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan yang perlu ada dalam
diri setiap insan/seseorang
PERSOALAN
Nota Sajak WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY (Abdul Ghafar Ibrahim)
MAKSUD SETIAP RANGKAP
Rangkap pertama -Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai
perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan
yang dihadapinya.
Rangkap kedua -Dalam pemikiran
penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak
mudah dipermainkan oleh orang lain.
Rangkap ketiga -Dalam kehidupan
penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran
dan keimanannya.
Rangkap keempat -Penyajak yang berasakan
dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat
tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
Rangkap kelima -Penyajak sentiasa
berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan
walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari
yang mendatang.
Rangkap keenam -Penyajak yang semakin
berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi
oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
Rangkap ketujuh -Dalam era globalisasi,
penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia
tidak mudah tewas dalam perjuangannya.
Rangkap kelapan -Apabila tiba waktunya,
penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara.
Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu,
penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca
wajar mendekati Tuhan.
TEMA -Ketabahan insan dalam
mendepani dugaan hidup.
Nota Sajak Sang Gembala Kuda
Sang Gembala Kuda - Mohd Hashim Othman
MAKSUD
Rangkap |
Maksud |
1 |
Seorang penjaga kuda sedang
menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam kandang |
2 |
Dalam kandang telah tersedia rumput
dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia.kuda ini tidak
sedar dijadikan tunggangan untuk memburu kuda lain. |
3 |
Penjaga kuda diibarat penguasa yang
mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh
kekuasaan untuk menindas . Namun ada seseorang yang berani menentang
kekejaman dan menghalang penindasan penguasa. |
4 |
Penjaga kuda hanya mahu kudanya
berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang
ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan dan tidak
menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua kudanya terus
ditunggangi tanpa belas kasihan. |
TEMA
Menceritakan tentang tugas penjaga
kuda yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat sebagai lambang
kekuatan dan kekuasaannya di kandang.
PERSOALAN
Persoalan kebolehan penjaga kuda
mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
Persoalan kesetian kuda kepada penjaga
kuda kerana makanan yang diberikan.
Persoalan kekuasaan memerlukan
kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah
Nota Sajak Gelanggang Tingkatan 4
Gelanggang - (Onn Malini)
MAKSUD SETIAP RANGKAP
Rangkap pertama - Penyajak menyatakan
bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu
iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap
kaum demi masa depan generasi seterusnya.
Rangkap kedua - Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia
yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah
payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati
apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara
kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang
cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
kaum di negara kita.
Rangkap ketiga - Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini
harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi mempertahankan
kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba
menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak
menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan
untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.
Rangkap keempat - Penyajak menyeru rakyat
yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar
pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.
Rangkap kelima - Penyajak menyatakan
bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi
untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai
kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat
Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita
bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang
harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan
muliakan sampai akhir hayat kita.
TEMA -Kepentingan
mempertahankan kedaulatan tanah air.
PERSOALAN
1. Perjuangan generasi dahulu
dalam mendapatkan kemerdekaan. Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan
kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.
2. Kepentingan perpaduan dalam
menjaga keamanan negara. Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang
bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
3. Tanggungjawab rakyat dalam
mendaulatkan negara. Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara
kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang
cuba memusnahkan negara.
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada lima
rangkap.
2. Terdiri daripada dua hingga
lapan baris dalam satu rangkap.
3. Terdiri daripada satu
hingga Sembilan perkataan dalam satu baris.
4. Terdiri daripada tiga
hingga 22 suku kata dalam satu baris.
5. Rima akhir mempunyai bentuk
bebas / tidak terikat.
GAYA BAHASA
1. Anafora
Kita pelihara gelanggang ini
dengan kejap sepenuh hati
Kita mempertahankan kedaulatan
watan dari anasir jahat
2. Hiperbola - Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang
terbina dari keringat dan air mata
3. Inversi - jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri
sendiri
4. Personifikasi -demi mempertahankan maruah
gelanggang keramat suci ini
5. Kata ganda - yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk
moyang lebih
NILAI
1. Nilai keberanian - Contoh :
Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang
untuk menangkis tohmahan pihak luar.
2. Nilai perpaduan - Contoh :
Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat
memelihara negara daripada ancaman luar.
3. Nilai tanggungjawab -Contoh
: Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan
penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersatu padu
-Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti
dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
2. Kita mestilah berani
bertindak -Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus
berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
3. Kita mestilah
bertanggungjawab atas kedaulatan negara – contohnya, penyajak menyeru semua
rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada
pihak luar yang cuba memusnahkan negara.