Hikayat Raja Pasai (1326)
Lada siapa dibangsalkan,
Raja
saujana kerati;
Pada siapa disesalkan,
Tuan
juga empunya pekerti.
Lada siapa dibangsalkan,
Selama
lada sekerati;
Pada siapa disesalkan,
Tuan
juga empunya pekerti.
( Pantun Melayu bertulis terawal dipercayai sekitar tahun
1326)
Sindiran : Sultan Ahmad (Raja Pasai) berahikan anaknya
(sumbang mahram/ badak makan anak) Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara.
Diketahui anaknya Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Cuba menghalang. Sultan
Ahmad marah, lalu membunuh kedua-dua anaknya. Tun Abdul Jalil adalah tunangan
Tuan Puteri Raden Galuh Gemerencang, anak Raja Benua Jawa. Dapat tahu, rasa
sangat kecewa, minta doa supaya tenggelam/ mati di laut Jambu Air. Raja Jawa
dapat tahu, sangat marah pada Sultan Ahmad. Angkatan Jawa serang Pasai. Sultan
menyesal membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Beritahu pada
bendaharanya Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara. Tun Perpatih Tulus Agung
Tukang Sukara lafazkan pantun sindiran ini
pada Sultan Ahmad.
Hikayat Mangendera Dewa Raja (cerita lipurlara – pengaruh Hindu)
(pantun cinta kasih-sayang)
Teruntum pulau dewata,
Jeruju
di dalam padi;
Tergantung di ruang mata,
Sudah
tertuju di dalam hati.
Andang-andang dipuput ribut,
Jatuh ke
tasik anta purnama;
Badanku seorang diperebut,
Akan
menghibur gundah gulana.
Sejarah Melayu / Sulalatussalatin (1424)
Cau Pandan anak Bubunya,
Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si ar mata.
(Cau Pandan anak Maharaja Siam Bubunya. Berhasrat hendak
menyerang negeri Melaka. Dapat tahu oleh Sultan Muzaffar Shah. Memerintahkan
orang berjaga-jaga. Di Melaka ada seorang Sidi Arab yang sakti, pandai main
panah. Di panah oleh Sidi Arab, kasadnya kenalah dada Cau Pandan. Takdir Allah,
Cau Pandan di Siam merasa dadanya kena panah, muntah darah dan mati. Tak jadi
serang Melaka, selamatlah Melaka)
Ke sana –sana raja duduk,
Jangan ditimpa oleh papan;
Diketahui ganja tu mabuk,
Mengapa maka dimakan.
(Sindiran pada Raja yang tidak berhati-hati, mudah
terpedaya.
Sultan Abdullah (Raja Bentan) telah naik ke kapal Kapten
Mor (Feringgi) setelah dipelawa olehnya, untuk melihat kapal tersebut. Kapten
Mor telah menangkap dan mengikat Sultan Abdullah. Dilarikan ke Melaka – ke Goa
(India) – ke Portugal. Kerana kebebalan Sultan itu maka dipantunkan orang
dengan pantun berkenaan.
Hikayat Hang Tuah
Lokan melata di perahu,
Belah
baling bertanduan;
Bukan aku tiada tahu,
Akulah
hulubalang minta lawan.
(Pantun Hang Tuah ketika bermin-main dengan lima
sahabatnya semasa mandi di sungai Melaka)
Kain bersuji di atas atap,
Pakaian
raja hari-raya;
Jika sudi tuan santap,
Jika
tidak apakan daya.
(Usik perempuan – perempuan yang melihat ketampanan dan
kepahlawanan Hang Tuah sewaktu menjadi Laksamana di istana Melaka)
0 Komen:
Catat Ulasan