BAHAGIAN ISI – IMBaKUP
I –
IDEA
M -
MENGAPA
Ba-
BAGAIMANA
K –
KESAN
U- UNGKAPAN MENARIK
P –
PENEGASAN
I– IDEA/TEMA
M –MENGAPA
Ba-BAGAIMANA
|
||
K – KESAN
U-UNGKAPAN
MENARIK ( PERIBAHASA/ KATA-KATA HIKMAT)
P – PENEGASAN ISI
|
I = Isi (apa) - (1 ayat)
M = Mengapa - (2 - 4 ayat)
Ba = Bagaimana (contoh) - (1 - 3 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 1 - 3 ayat)
U = Ungkapan menarik (1 - 2 ayat)
P = Penegas (1 ayat)
CONTOH TEKNIK IMBaKUP
TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial
Isi:
- memberikan didikan
agama
Mengapa:
1. menjadi benteng
pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang
dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
2. panduan hidup yang
berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
3. dapat membezakan
permata dengan batu kelikir
Bagaimana:
1. mendidik sejak
kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya
2. memastikan
anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah
kemungkaran
Kesan:
1. takut balasan
Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
2. dapat melahirkan
modal insan yang beriman dan berakhlak mulia
Ungkapan Menarik:
Albert Eistein,
“Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.”
Penegas:
Didikan agama yang
mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk mengekang gejala
sosial daripada meruncing.
Contoh perenggan isi yang lengkap
Peranan ibu bapa yang signifikan untuk
menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah memberikan
didikan agama yang teguh kepada anak-anak (ISI). Hal ini
dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling
ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap
globalisasi. Dengan adanya didikan agama juga anak-anak dapat membezakan
permata dengan batu kelikir kerana mereka telah menjadikan agama sebagai
panduan hidup yang paling afdal daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti
vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Tanpa
agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat kapal tanpa
nakhoda (MENGAPA). Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan
didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu
sahaja, ibu bapa bapa haruslah memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat
kerana solat itu tiang agama yang mampu mencegah kemungkaran (BAGAIMANA). Sebagai
kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan
balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa
depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang beriman
dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani (KESAN). Benarlah
kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan
lumpuh.” (UNGKAPAN MENARIK). Izharlah bahawa didikan agama
yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk mengekang gejala sosial
daripada meruncing. (PENEGAS)
Hasilkan satu peta minda pemikiran tentang cara menangani isu penderaan,
seterusnya pilih satu cara dan hasilkan satu perenggan yang baik dengan
menggunakan kaedah IMBaKUP.
Isu penderaan
kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan, walaupun
pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita
tentang kanak-kanak yang didera sering dipaparkan di media.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menangani isu
penderaan dalam kalangan kanak-kanak?
Rangka Karangan
Tema Amalan Budi Bahasa
Tugasan Cara-cara Memupuk
Pendahuluan
• Masyarakat Malaysia dikenali dengan sikap ramah-tamah dan berbudi bahasa sejak dahulu
• Semakin terhakis dan dilupakan oleh golongan remaja
• Sikap individualistik semakin menebal dan budaya sombong dan meninggi diri
• Remaja bersikap tidak menghormati orang tua dan bersikap hedonisme
• Siapakah yang harus dipersalahkan?
• Pelbagai cara haruslah dilakukan untuk menyuburkan amalan budi bahasa
Isi-isi Penting
I Mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak
M : Insan paling dekat dengan anak-anak— ibu bapa selalu dengan anak-anak
Ba : Tunjukkan contoh peribadi dan akhlak mulia — mengajar cara-cara beradab dan menghormati orang tua — tidak bersikap buruk pekerti di hadapan anak-anak
K : Anak-anak akan menjaga tingkah laku dan tutur kata ketika bercakap dengan orang tua
U : Melentur buluh biarlah dari rebungnya
P : Anak-anak terdidik menjadi insan berbudi bahasa sejak kecil
I : Mendidik murid supaya berbudi bahasa
M : Tugas guru membentuk keperibadian murid yang luhur dan sakinah
Ba : Ceramah kesedaran diberikan — pelancaran Bulan Budi Bahasa — kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan
K : Pelajar didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan tentang budi bahasa
U : Amalkan sikap kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
P : Murid memahami tanggungjawab untuk menjadi murid yang berakhlak mulia
I : Melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
M : Kempen yang dijalankan tidak bersungguh-sungguh, sekadar hangat-hangat tahi ayam
Ba : Perlu menyemarakkan semangat untuk berbudi bahasa — pihak kerajaan dan swasta bekerjasama menjayakan kempen ini — iklan tentang amalan ini disiarkan di media massa
U: Moto "Budi Bahasa Budaya Kita" dapat diterapkan dan disuburkan
P: Tahap kesedaran berbudi bahasa dapat ditingkatkan
Kesimpulan
P. Semua lapisan masyarakat memberikan sokongan dan kerjasama
C: Meletakkan budi pekerti sebagai tunjang kepada pembangunan negara
H : Melahirkan remaja yang berwawasan dan mendukung pembangunan negara mengikut acuan pembangunan negara yang menekan aspek kerohanian