AMALAN GAYA HIDUP
SIHAT
(TEMA) Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai
satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang,
keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu
tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. (ISU) Sudah
pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup
sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. (ARAHAN) Oleh
itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat
ini.
(ISI) Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil
makanan yang seimbang. (MENGAPA) Tubuh orang yang mengamalkanpemakanan
seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. (BAGAIMANA)Sebagai
contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau
mengandungi kolesterol yang tinggi. (KESAN) Dengan cara itu, penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis
akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
(PENEGAS) Jadi, izharlah bahawa pemakanan yang seimbang membolehkan kita semua mencapai
satu kehidupan yang ceria dan sihat.
(ISI) Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau
beriadah. (MENGAPA) Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan
menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan
badan akan mengeluarkan peluh. (BAGAIMANA) Oleh itu, setiap orang
hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu,
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang itu boleh bersukan seperti
bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. (KESAN)Jika
badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga
cerdas kerana badan cergas, otak cerdas. (PENEGAS) Tegasnya, aktiviti beriadah
dan bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang.
(ISI) Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan
secara berkala. (MENGAPA) Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh
seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi
dengan baik. (BAGAIMANA) Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat
dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. (KESAN)Dengan
cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana alat-alat
perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah
terhantuk baru tengadah. (PENEGAS)Ringkasnya, seseorang itu akan
senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan mendapatkan pemeriksaan
doktor secara berjadual sebelum kudis menjadi tokak.
(ISI) Akhir sekali, setiap individu perlu menjauhi
gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang
banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. (MENGAPA)
Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan
menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain. (BAGAIMANA)
Pengambilan alkohol dan dadah akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit
dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan kesihatan mental.
Selain kita, setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah
pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri daripada jangkitan
penyakit kelamin dan HIV Aids. (KESAN) Tahap kesihatan rakyat yang baik
dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. (PENEGAS)
Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan memastikan
dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.
(PENUTUP) Secara keseluruhannya,
amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara. Amalan-amalan
ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. (CADANGAN)Jadi,
Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak
diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas
tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang
sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama
ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (HARAPAN)Semoga
kempen kerajaan iaitu kempen ‘Rakyat Sihat Negara Maju’dapat
direalisasikan kerana rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan
menjadi pekerja yang produktif.