Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

Latihan Rangka karangan

 

Soalan: Nyatakan cara-cara memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Tema: nilai-nilai murni

Tugasan: cara-cara memupuk

Masa: 1 Jam 30 Minit


RANGKA KARANGAN



1. Pendahuluan:
- kaca televisyen mahupun dada akhbar sering mempamerkan budaya hiburan yang bercorak komersial dan hedonistik - semua pihak sewajarnya berusaha memupuk nilai-nilai murni.

2. Isi-isi penting:

1 Kempen Budi Bahasa Budaya Kita - melahirkan citra jati diri bangsa yang berhemah tinggi, berdikari dan bersifat cinta akan negara - kerajaan memainkan peranan yang dominan dalam menguar-uarkan kempen - melentur buluh biarlah dari rebungnya.

2 Ibu bapa sebagai suri teladan - tanggungjawab mereka untuk membesarkan insan yang kaya dengan budi bahasa dan berpekerti mulia

3 Institusi pendidikan sewajarnya memupuk nilai-nilai murni seperti cinta akan negara - melahirkan jiwa kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam kalangan generasi muda.

4 Media massa ialah medium yang berkesan - memupuk nilai-nilai mulia dalam nurani generasi muda - memaparkan adegan dalam drama atau rancangan yang bertemakan kekeluargaan dan dipenuhi dengan nilai-nilai kemanusiaan.

3. Penutup:
- pelbagai pihak perlu berganding bahu bagi merealisasikan cita-cita memupuk nilai murni - seiring cabaran Wawasan 2020.

 


PENDAHULUAN

Fokus

(ayat umum tentang tema dan topik)

 

 

 

 

 

 

Akibat

(huraian ayat topik)

Hal ini terjadi demikian kerana

 

 

 

 

 

 

Contoh

(bukti peristiwa, kata tokoh, perangkaan secara umum)

 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah

(pihak yang perlu mainkan peranan)

 

 

 

 

 

 

 

 

Kepentingan

(sertakan sekali UM yang sesuai)

 

SUKA

 

 

 

 

 

 

 

 

Tugasan

(kaitkan ayat huraian dengan tema yang diberikan)

 

 

 

 

 

 

IDEA 1

Isi

(arahan + isi)

 

1. Peranan Ibu bapa

Lantaran idea perdana dalam usaha

 

 

 

 

 

 

Mengapa/

Kenapa/

apa

Hal ini dikatakan demikian kerana

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana/

Siapa/ cara/ macam mana

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesan/ impak/ implikasi/ akibat/ natijah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

U. menarik

(peribahasa/

Kata tokoh/

Kata hikmat/

Dalil hadis/

ayat Quran)

 

 

 

 

 

 

 

 

Penegas       

 

 

 

 

SUKA

Sudah terang lagikan bersuluh,

 

 

 

 

 

 

IDEA 2

U. menarik

(peribahasa/

Kata tokoh/

Kata hikmat/

Dalil hadis/

ayat Quran)

 

 

 

 

 

 

 

 

Isi

(isi + arahan)

 

2. Pengaruh Media massa

 

 

 

 

 

 

Mengapa/

Kenapa/

apa

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana/

Siapa/ cara/ macam mana

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesan/ impak/ implikasi/ akibat/ natijah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penegas

 

 

SUKA

Jelaslah bahawa

 

 

 

 

 

 

 

IDEA 3

Isi

(arahan + isi)

 

3. Peranan institusi pendidikan

 

 

 

 

 

 

 

Mengapa/

Kenapa/

apa

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana/

Siapa/ cara/ macam mana

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesan/ impak/ implikasi/ akibat/ natijah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

U. menarik

(peribahasa/

Kata tokoh/

Kata hikmat/

Dalil hadis/

ayat Quran)

 

 

 

 

 

 

 

 

Penegas

 

 

 

SUKA

Dengan kata lainnya,

 

 

 

 

 

 

IDEA 4

U. menarik

(peribahasa/

Kata tokoh/

Kata hikmat/

Dalil hadis/

ayat Quran)

 

 

 

 

 

 

 

 

Isi

(isi + arahan)

 

4. kempen kerajaan

 

 

 

 

 

 

Mengapa/

Kenapa/

apa

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana/

Siapa/ cara/ macam mana

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesan/ impak/ implikasi/ akibat/ natijah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penegas

 

 

 

 

SUKA

Setelah meneliti dan mengkaji hingga ke akar umbi,

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

Rumusan

(ulasan arahan + tema)

Konklusinya,

 

 

 

 

 

Pandangan

(pendapat penulis)

+

U. menarik

(peribahasa/

Kata tokoh/

Kata hikmat/

Dalil hadis/

ayat Quran)

Pada pendapat saya, kita perlulah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cadangan

 (siapa yang sepatutnya bertanggung

jawab?)

Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Harapan

(apa yang berlaku sekiranya semua sudah jalankan tugas)

Dengan adanya kombinasi ini,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amaran

 

 

 

 

 

 

 

sekiranya

 

 

 

 

 

 

 

 

Rupancha


AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 

 

(TEMA) Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. (ISU) Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. (ARAHAN) Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

(ISI) Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. (MENGAPA) Tubuh orang yang mengamalkanpemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. (BAGAIMANA)Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. (KESAN) Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. (PENEGAS) Jadi, izharlah bahawa pemakanan yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria dan sihat.

(ISI) Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. (MENGAPA) Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. (BAGAIMANA) Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. (KESAN)Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana badan cergas, otak cerdas. (PENEGAS) Tegasnya, aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang.

(ISI) Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. (MENGAPA) Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. (BAGAIMANA) Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. (KESAN)Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. (PENEGAS)Ringkasnya, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual sebelum kudis menjadi tokak.

(ISI) Akhir sekali, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain. (BAGAIMANA) Pengambilan alkohol dan dadah akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan kesihatan mental. Selain kita, setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit kelamin dan HIV Aids. (KESAN) Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. (PENEGAS) Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

 

(PENUTUP) Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara. Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. (CADANGAN)Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (HARAPAN)Semoga kempen kerajaan iaitu kempen ‘Rakyat Sihat Negara Maju’dapat direalisasikan kerana rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif.

 

RUMUS KCHRK DALAM PENGHASILAN KESIMPULAN KARANGAN

 

RUMUS KCHRK DALAM PENGHASILAN KESIMPULAN KARANGAN

 

Binaan Penutup / Kesimpulan

Jenis ayat

Binaan Ayat

Jumlah Ayat

Ayat Rumusan

          Kesimpulannya, gejala vandalisme perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa daripada terus berleluasa dan menjadi tidak terkawal.

 

1 Ayat

Ayat Cadangan

(siapa Yang sepetutnya bertanggungjawab)

satu jawatankuasa yang dianggotai oleh pelbagai pihak hendaklah ditubuhkan bagi merancang dan mengambil pendekatan berkesan bagi membanteras gejala tersebut.

 

1 Ayat

Ayat Harapan

(apa yang berlaku sekiranya semua bertanggungjawab)

Kerjasama yang bersepadu dan berterusan penting dalam mewujudkan kesedaran dalam menjaga harta awam dan mendidik masyarakat supaya menjadi masyarakat berkelas dunia.

 

1 Ayat

Ayat Ramalan

(apakah yang akan berlaku jika dibiarkan)

Sekiranya perkara ini tidak dibanteras daripada awal, maka perbuatan ini tidak dapat dibendung dan kerosakan demi kerosakan terpaksa ditanggung oleh semua pihak.

 

1 Ayat

Ayat Kesan Ramalan

(apakah kesan dari kejadian itu)

Hal ini penting agar negara tidak terus menanggung kerugian dan imej negara terus tercalar di mata pelancong-pelancong asing.

 

1 Ayat

 

KESAN POSITIF MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI KEPADA DIRI SENDIRI.

Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan sehari-hari amatlah penting bagi memperbaiki kualiti hidup manusia. Nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesederhanaan, toleransi, kasih sayang, dan banyak lagi merupakan asas kejayaan sesebuah negara dan masyarakat. Namun, sebelum kita mengamalkan nilai-nilai ini ke arah pembinaan masyarakat yang lebih baik, kita perlu memperbaiki diri sendiri dahulu.

    Melalui pengamalan nilai-nilai murni, kita dapat merasai kesan positif ke atas diri sendiri. Salah satu kesan positif yang utama ialah peningkatan kualiti hidup. Dalam keadaan yang serba sibuk dan penuh tekanan seperti ini, melibatkan diri dalam amalan nilai murni membantu meningkatkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.

    Selain itu, pengamalan nilai-nilai murni juga membantu membentuk personaliti yang lebih baik. Sikap jujur, rendah hati, sabar, dan berhemah adalah contoh-contoh nilai murni yang penting dalam membentuk personaliti yang lebih baik. Memiliki personaliti yang baik akan membantu meningkatkan rasa percaya diri dan keyakinan dalam diri sendiri.

    Selain itu, amalan nilai-nilai murni juga dapat membantu membina hubungan yang baik dengan orang lain. Sikap toleransi, kasih sayang, dan keperihatinan terhadap orang lain membantu meningkatkan hubungan sosial dengan orang di sekeliling. Ini kerana apabila kita mempraktikkan nilai-nilai murni ini, kita menjadi lebih peka terhadap keperluan dan keadaan orang lain.

    Selain itu, pengamalan nilai-nilai murni juga membantu membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera. Ketika individu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, ia akan meresapi kepentingan dan tanggungjawab untuk membina masyarakat yang lebih baik. Apabila semua individu mengamalkan nilai-nilai murni, masyarakat yang lebih harmoni, aman dan sejahtera dapat dibina.

    Sebagai kesimpulan, pengamalan nilai-nilai murni adalah penting bagi memperbaiki kualiti hidup manusia. Dalam amalan nilai murni, kita dapat merasai kesan positif ke atas diri sendiri seperti peningkatan kualiti hidup, membentuk personaliti yang lebih baik, membina hubungan yang baik dengan orang lain, dan membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera. Oleh itu, marilah kita mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian demi memperbaiki kualiti hidup kita dan masyarakat yang kita tinggali.

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy