Cara menulis dan contoh Daftar
Pustaka atau Bibliografi
Daftar Pustaka atau biasa disebut sebagai Daftar Pustaka atau
Bibliografi adalah tulisan yang tersusun di akhir sebuah karya ilmiah yang berisi
nama penulis, judul tulisan,
penerbit, identiti penerbit dan tahun terbit sebagai sumber atau
rujukan seorang penulis. Daftar Pustaka ada pada semua jenis karya penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, majalah, artikel, dan
sebagainya.
Penulisan Daftar Pustaka memiliki cara yang baku tetapi tidak mengikat,
kerana setiap sumber atau karya tulis yang digunakan biasanya beragam. Aturan
yang biasanya digunakan seperti berikut;
1. Disusun berdasarkan urutan abjad
berturut-turut dari atas ke bawah,
2. Susunannya tidak menggunakan urutan angka dan
huruf
3. Jarak penyusunan antara sumber yang satu
dengan yang lain biasanya menggunakan jarak.
Tujuan Penulisan Daftar Pustaka
- Ciri khas Karya Tulisan Ilmiah.
- Rujukan, Kajian atau Sumber Ilmu Pengetahuan berkaitan.
- Memberikan kepastian
rujukan untuk Penulis, Penerbit dan Sebagainya.
- Mengetahui tempat
penerbitan.
- Membina Kepercayaan Pembaca.
- Membantu Pembaca mencari bahan bacaan atau ilmu pengetahuan berkaitan ini
penulisan tang diterbitkan..
Sistem APA
Sistem
dokumentasi APA ‘AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION’ (APA) merupakan
system yang boleh diaplikasikan dalam bidang seni visual sebagai
menulisan kajian dan ilmiah.
Ia
merupakan gabungan rujukan dalam teks (citations) dan senarai rujukan (bibliography)
maklumat sumber bahan yang digunakan di dalam sesuatu tugasan.
Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah Daftar Pustaka atau
Bibliografi adalah:
•
Pengarang
•
Tahun penerbitan
•
Judul
•
Maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi, muka surat, dll)
•
Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)
Apa yang perlu didokumentasikan?
Dokumentasi
merupakan satu kaedah penulisan akedemik yang lengkap dan sistematik dimana
ianya bertujuan memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk
mengenalpasti sumber maklumat dan merujuk semula sumber bahan yang asal.
Dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat:
•
Petikan secara langsung (direct quotations)
•
Parafrasa dan ringkasan (paraphrase and summary)
•
Idea atau maklumat yang dirujuk ( statistik, graf, dll)
Format Daftar Pustaka atau
Bibliografi atau Rujukan
menggunakan
sistem APA
Daftar
Pustaka atau Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam
menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan cara
penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard seperti berikut:
a) Entri hendaklah disusun
mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang
perlulah disusun mengikut entri judul.
b) Pangkat atau gelaran
bagi setiap pengarang
perlu diletakkan
selepas nama pengarang ataupun diabaikan.
c) Entri juga hendaklah
disusun secara selang sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri
yang seterusnya.
d) Setiap entri bermula di
tepi margin kiri dengan baris kedua di “kedalamkan” (indent) lima jalur.
e) Penulis dikehendaki
mengunakan satu sistem sahaja secara berterusan dalam keseluruhan penulisannya.
Ada
hal-hal yang harus diperhatikan urutan dalam penulisan daftar pustaka, iaitu :
a) Nama
penulis
b) Tahun
Terbit
c) Judul
Buku / Karya
d) Tempat
Terbit
e) Nama
Penerbit
Bila sudah mengetahui urutan dalam penulisan daftar pustaka, langkah
selanjutnya adalah mengetahui tentang hal-hal yang harus diperhatikan dalam
menulis daftar pustaka yang baik :
a) Pada
penulisan nama, tidak perlu dicantumkan gelarannya
b) Bagi penulis yang memiliki
gelaran, maka gelaran tersebut harus ditulis paling depan. Apabila tidak terdapat nama gelaran, maka penulisan
nama tersebut diakhir.
c) Penulisan
judul buku atau karya ilmiah
menggunakan font italic (tulisan miring) pada setiap katanya.
d) Jarak
antara sumber diberikan dua jarak.
e) Teknik
penulisannya dibezakan setiap sumbernya, sama ada dari internet, buku, jurnal
atau karya ilmiah lainya. Kerana sudah ditetapkan dalam peraturan pemerintah
dalam undang-undang menulis daftar pustaka.
Penulisan Nama Pengarang
•
Pengarang Barat – ringkaskan kepada nama keluarga sahaja dan nama
selainnya hendaklah digunakan parap (initial).
a) John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy
Parap hendaklah ditulis selepas nama keluarga dan
didahului dengan tanda ( , ).
a) J.F. Kennedy ditulis sebagai Kennedy, J.F.
•
Pengarang Arab
a) Sulayman ibn Ahmad al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani,
b) Sulayman ibn Ahmad
c) Sharifah Alwiah
Alsagoff ditulis sebagai Alsagoff, Sharifah
Alwiah
d) Sheikh Abdul Rauf
ditulis sebagai Abdul Rauf, Sheikh
•
Pengarang Melayu
a) Iberahim Hassan ditulis sebagai Iberahim Hassan
b) Ramli bin Abdullah ditulis sebagai Ramli bin Abdullah
c) Nik Safiah Abdul Karim
ditulis sebagai Nik Safiah Abdul Karim
d) Dato’ Nordin Hassan ditulis sebagai Nordin Hassan, Dato’
atau
Nordin Hassan
e) Syed Ahmad Jamal ditulis sebagai Syed Ahmad Jamal
•
Pengarang Cina
a) Tuck Cheong Tang ditulis sebagai Tuck, Cheong Tang
b)
Walter Woon Cheong Ming ditulis sebagai Woon, Walter C.M.
•
Pengarang India
a)
|
Krishan Kumar ditulis sebagai
|
Krishan Kumar
|
|
b)
|
V. Thilagavathi Gunalan
|
ditulis sebagai
|
Gunalan, V.
|
|
Thilagavathi
|
|
|
c) Jagjit Singh Siddu ditulis sebagai Siddhu, Jagjit Singh
Nama yang menggunakan parap, maka parap perlu diletakkan
selepas nama.
a) Zakri A.H ditulis sebagai Zakri, A.H.
b) H.M. Dahlan ditulis sebagai Dahlan, H.M. c)
S.K. Cheong ditulis sebagai Cheong, S.K. d) R. Paul Singh ditulis
sebagai Singh, R. Paul
•
Penulisan bagi nama korporat.
a) Kementerian
Pelajaran Malaysia ditulis
sebagai Malaysia,
Kementerian Pelajaran
b) American Psychological Association ditulis sebagai American
Psychological
Association
c) Angkatan Pelukis Semalaysia ditulis sebagai Angkatan
Pelukis
Semalaysia
Format Penulisan Rujukan Buku
•
Tanpa pengarang
Give me liberty. (1969). New York: World.
Judul. (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan:
Penerbit.
•
Satu pengarang
Hassan Mohd Ghazali
(2009), Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual tingkatan 4 dan 5, Kuala
Lumpur: kreatif Enterprise
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul.
Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Dua pengarang
Luca,M. &
Kent,R. (1968). Art Education: Strategies of Teaching. New Jersey:
Prentice Hall.
Nama pengarang pertama & nama pengarang kedua.
(Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Tiga hingga lima pengarang
Cameron, D., Frazer,
E., Harvey, P., Hampton, M.B.H., & Richardson, K. (1992). Researching
language: Issues of power and method.
London: Routledge.
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, pengarang
ketiga, pengarang keempat, & pengarang kelima. (Tahun penerbitan). Judul.
Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Enam pengarang dan ke atas
Rebecca T., et al (2007)
Creativity and the Arts with Yong Children. Canada: Thomson.
Nama
pengarang pertama, et al. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan:
Penerbit.
•
Pengarang & Penyunting
Welty, E. (1994). A
writer’s eye: Collected book reviews (P.A. McHaney, Ed.). Jackson:
University Press of Mississippi.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul.
(Nama penyunting, Ed.). Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Penyunting
Letheridge, S.,
& Cannon, C.R. (Eds.). (1980). Bilingual education: Teaching English
as a second language. New York: Praeger.
Nama penyunting pertama & nama penyunting kedua.
(Eds.). (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Terjemahan
Dostoevsky, F.
(1992). Devils (M.R. Katz, Trans.). Oxford, England: Oxford University
Press.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul
(Nama penterjemah, Trans.). Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Korporat / Organisasi
American
Psychological Association. (1994). Publication manual of the American
Psychological Association. (4th ed.). Washington, DC: Author.
Nama
korporat. (Tahun penerbitan). Judul. (Edisi). Tempat penerbitan:
Penerbit.
•
Bab dalam buku
Roy, A. (1995).
Psychiatric emergencies. In H.I. Kaplan & B.J. Sadock (Eds.). Comprehensive
textbook of psychiatry. (6th ed., pp. 1739-1752). Baltimore: Williams &
Wilkins.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul bab dalam
buku. In Nama penyunting pertama & nama penyunting kedua (Eds.). Judul
buku. (Edisi., pp. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Kamus
Kamus
Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun
penerbitan). Tempat penerbitan:
Penerbit.
•
Ensiklopedia
Arawak.
(2000). In The Columbia encyclopedia (p.2533). New York: Columbia
University Press.
Judul petikan. (Tahun penerbitan). In Judul buku
(p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Buku Elektronik
Vibert, C. (2000). Web-based analysis for competitive
intelligence.
Nova Scotia: Greenwood.
Retrieved September 9, 2007, from
http://site.ebrary.com.eserv.uum.edu.my/lib/uum/Top?%3Fnosr=1&i
d=10017981&layout=document.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul.
Tempat penerbitan: Penerbit. Retrieved Tarikh bahan diakses, from URL.
Format Penulisan Rujukan Jurnal
•
Jilid & Isu
Kaniappan, P. (1988). Duality in a convex vector
optimization problem.
Sains Malaysiana, 17(4), 429-435.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul
Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat.
•
Abstrak
Burnby, J.G.L.
(1985, June). Pharmaceutical connections: The Maw’s family [Abstract]. Pharmaceutical
Historian, 15(2), 9-11.
Nama pengarang. (Tahun, Bulan penerbitan). Judul
artikel [Abstract]. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat.
•
Internet
Greenberg, M.T.,
Domitrovich, C., & Bumbarger, B. (2000, March 30). Prevention of mental
disorders in school-aged children: Current state of the field. Prevention
and Treatment, 4, Article 1. Retrieved August 24, 2001, from
http://journals.apa.org/prevention/volume4/pre0040001a.htm.
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, &
pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid,
Article 1. Retrieved Tarikh bahan diakses, from URL.
•
Pangkalan Data
Epstein, J. (2002). A
voice in the wildreness. Latin Trade, 10(12), 26. Retrieved March 15,
2004, from Ebscohost Research Databases. Nama pengarang. (Tahun penerbitan).
Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat. Retrieved
tarikh bahan diakses, from nama
pangkalan data.
Format Penulisan Rujukan Majalah
Greenberg, G. (2001,
August 13). As good as dead: Is there really such a thing as brain death?. New
Yorker, 36-41.
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul
Majalah, Mukasurat.
Format Penulisan Rujukan Akhbar
Minguan
Malaysia. (1992, February 23).
Masjid di Algeria jadi medan latihan golongan pelampau, 10.
Judul Akhbar. (Tarikh
penerbitan). Judul artikel, mukasurat.
Kandau Sidi. (2000,
July 5). Kutu rayau cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 17.
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul
Akhbar, Mukasurat.
Mad-cow may tighten
blood-donor curbs. (2001, April 19). The Gazette, p. A13. Retrieved
august 25, 2001, from Lexis-Nexis database.
Judul artikel. (Tarikh penerbitan). Judul Akhbar,
p. mukasurat. Retrieved tarikh bahan diakses, from nama pangkalan data.
Feller, B. (2005,
May 6). GM, Ford get “junk” rating. The Detroit News Online. Retrieved
May 6, 2005, from. http://www.detnews.com/2005/autosider/0505/
06/A01-173553.htm.
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul
Akhbar. Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.
Format Penulisan Rujukan Artikel dari Internet
Albanese, J. (2001). How
can we reach teenage smokers? Retrieved September13,2001,from http://msweb.nursingspectrum.com
/ce/ce229.htm.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel.
Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.
Format Penulisan Rujukan Audiovisual
•
Pita video
Language and verbal
skills. (1976). [Videotape].
Virginia: Association
for Retarded Citizen.
Judul
pita video. (Tahun penerbitan). [Videotape]. Tempat
penerbitan: Penerbit.
•
TV Program
Towers, J.
(Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel.
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun
penerbitan). Judul rancangan.Tempat penerbitan: Penerbit.
•
Kaset
Bolles, R.N. (2000).
What color is your parachute? 2000: A practical manual for job-hunter
and career changers [Cassette recording]. San Bruno, CA: Audio
Literature.
Nama pengarang/ jurucakap. (Tahun penerbitan). Judul
kaset [Cassette recording]. Tempat penerbitan: Penerbit.
Format Penulisan Rujukan untuk Temubual
Abdullah Hj. Mohd
Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Kuala Lumpur [Interview].
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul
temubual [Interview].
Format Penulisan Rujukan Tesis & Latihan Ilmiah
Abu Baka bin Salleh.
(1978). Purification and Immobilisation of Uricase for Use in automated
analysis. Ph.D Dissertation. University of St. Andrews.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan) Judul. Ph. D
Dissertation, Tempat penerbitan.
Ibrahim bin Haji
Hashim. (1974). Peranan dan pengurusan zakat di Negeri Kedah. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nama pengarang. (Tahun
penerbitan) Judul. Latihan Ilmiah. Tempat penerbitan
Meor Ahmad Shukri
Bin Zainal Abidin. (2006). The study of e-book usage in learning and teaching:
primary and secondary school. Master Dissertation, Universiti Utara
Malaysia. Retrieved August 23, 2007, from
http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Tesis/200521.pdf
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Master
Dissertation. Tempat penerbitan. Retreived tarikh bahan diakses, from URL.
Format Penulisan Rujukan Kertas
Kerja Persidangan/
Seminar/Prosiding
Deci, E.L. &
Ryan, R.M. (1991). A motivational approach to self: Integration in personality.
In R. Dienstbier (Ed.). Nebraska Symposium on motivation: Vol. 38.
Perspectives on motivation, pp.237-288. Lincoln:University of Nebraska
Press.
Nama pengarang pertama & pengarang kedua. (Tahun
penerbitan). Judul artikel. In nama penyunting (Ed.). Judul Persidangan,
mukasurat. Tempat penerbitan: Penerbit.
Abdul Majid Mat
Salleh. (1990). Tren pertubuhan dan perubahan penduduk: Implikasi, prospek dan
cabaran bagi masa hadapan.
Kertas kerja Persidangan
Kependudukan dan Orientasi Pembangunan Menjelang abad Ke 21. Universiti Malaysia Sabah, 10-11 Disember.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul
Kertas Kerja. Tempat penerbitan, Tarikh persidangan.
Cynx, J., Williams,
H., & Nottebohm, F. (1992). Hemisphericdifferences in avian song
discrimination. Proceedings of the National Academy of Sciences, USA,
89, 1372-1375.
Nama pengarang pertama & pengarang kedua. (Tahun
penerbitan). Judul artikel. In nama penyunting (Ed.). Judul Persidangan,
Jilid, mukasurat.
Format Penulisan Rujukan Dokumen Kerajaan
Malaysia, Jabatan
Perangkaan. (1977). Malaysian fertility and family survey 1974: first
country report. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan.
Nama korporat. (Tahun penerbitan). Judul laporan.
Tempat penerbitan: Penerbit.
Malaysia. (1991). Rancangan
Malaysia Kesembilan 2006-2010.
Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.
Nama korporat. (Tahun penerbitan). Judul.
Tempat penerbitan: Penerbit.
U.S. Public Health
Service. (2000). Report of the surgeon general’s conference on
children’s mental health: A national action agenda. Washington, DC:
U.S. Department of Health and Human Services. Retrieved on August 25, 2001,
from http://www.surgeongeneral.gov/cmh/chilreport.htm
Nama korporat. (Tahun penerbitan). Judul laporan.
Tempat penerbitan: Penerbit. Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.
Format Penulisan Rujukan Brosur / Risalah
Inside these doors: A guidebook of Elfreth’s Alley homes [Brochure]. (n.d.). Philadelphia:
Elfreth’s Alley Association.
Judul.
[Brochure]. (n.d.). Tempat penerbitan: Penerbit.
Union College. (n.d.) The Nott Memorial: A national historic landmark
at Union College [Pamphlet]. Schenectady, NY: Author
Nama korporat. (n.d.). Judul.
[Pamphlet]. Tempat penerbitan: Penerbit.
Dipetik dan diubah suai daripada
Muslimedianews.com dan Hassan Mohd Ghazali