Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

Tema-tema buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5

 

TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4


Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA
Masyarakat Malaysia Alaf Baru
Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat

Unit 2 : AMBANG REMAJA
Remaja dan Cabaran
Remaja dan Keluarga
Disiplin Remaja dan Kokurikulum

Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Kad Elektronik
Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
E-mel dan anda

Latihan Tatabahasa

 

A.     Tukar ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

 

Kebanyakan murid hari ini terlalu taksub terhadap gajet dan mengabaikan pelajaran. Mereka sanggup mengikat perut semata-mata untuk membeli gajet-gajet terkini kerana ingin bersaing dengan rakan-rakan sekolah. Kesannya pelajaran mereka terabai kerana asyik menghabiskan masa bermain pelbagai permainan menggunakan gajet.

 

 

B.     Gabungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

 

Air perigi merupakan pilihan terbaik sebagai air minuman. Air perigi berpunca daripada air di bawah tanah. Air perigi mengandungi mineral. Mineral diperlukan oleh badan. Pada hari ini, air perigi mengalami pencemaran air di bawah tanah. Pada hari ini, air di bawah tanah tidak selamat diminum.

 


C.    Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

1.         Syazwan datang ke rumah ibu mertuanya untuk bermohon maaf.

2.         Nur Jannah ambil tempahan membuat kuih muih sepanjang bulan Ramadan.

3.         Kanak-kanak yang mengikuti pra sekolah lebih yakin apabila dimasukkan sekolah rendah.

4.         Ibu bapa bertanggung jawab mendidik anak-anak jadi insane yang cemerlang.

5.         Terdapat pelbagai alat bermain disediakan di cafĂ© itu sebagai daya tarikan.

 

 

D.    Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

1.         Menteri Besar Perak mengadakan lawatan mengejut ke tapat keramaian tadi pagi.

2.         Aktiviti sambutan hari raya sekolah saya teramat meriah sekali pada tahun ini.

3.         Ketinggian harga barang menyebabkan kehidupan ramai orang semakin sukar.

4.         Majalah-majalah yang dibeli oleh saya semalam disusun di dalam almari baju dengan kemas.

5.         Hujan lebat di akhir tahun lalu membawa banyak kehancuran harta penduduk.



E.     Dalam ayat-ayat di bawah terdapat peribahasa. Kenal pasti peribahasa tersebut, kemudian berikan maksudnya.

 

1.         Puteri Nilam Puri yang jelita itu bagai bulan dipagar bintang apabila dikelilingi oleh semua peserta Ratu Cantik Dunia 2016.

2.         Kalaiyarasan dan Kalpana telah lama terpisah apabila ibu bapa Kalpana berpindah ke Amerika Syarikat tetapi laksana garam dengan asam, mereka bertemu kembali di Korea Selatan kerana melanjutkan pelajaran.

3.         Soong Kyi seperti cacing kepanasan setelah disoal oleh ayahnya kerana lewat balik ke rumah.

 


J.         Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan             penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat,            anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan  ejaan dan satu        kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

1.     Aspek penguat kuasaan dan pendidikan penggunaan yang tidak berkesan telah mendorong lambakan barang tiruan di negara kita.

2.     Kebiadapan dan keceloparan anak itu menerbit perasaan malu dalam diri ibu bapanya yang terkenal oleh kesopanan masing-masing.

3.     Sebagai kakitangan syarikat, mereka mendapat elaun saradiri yang mencukupi apabila dijalankan tugas di luar negara.

4.     Tokoh korperat itu bersyukur kerana usahanya untuk memperluaskan  empayar perniagaannya hingga ke Korea menjadi realiti.

5.     Berikutan kecederaan yang dialami oleh Amirul Rahim, tugas sebagai keptan bola sepak negara  pada malam ini diserah kepada Imran Ali.

6.     Pendatang asing itu berjaya pelarian diri daripada ditangkap oleh pihak imegresen kerana tidak mempunyai pasport.

7.     Sesebuah negara yang ingin pencapaian taraf negara maju perlu menetapkan gaji minima pekerja pada kadar yang relevan dengan ekonomi semasa.

8.     Peningkatan hasil bertani  di negara kita pada hari ini berlaku akibat perkembangan bio teknologi yang begitu pesat.

9.     Seniman agong itu menjadi sebutan orang ramai walaupun telah lama ketinggalan dunia kerana jasanya yang banyak dalam bidang seni.

10.  Nabil menyanyikan lagu era 60an sewaktu menyertai pertandingan nyanyi anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

11.  Pondok talipon di kampung itu rosak sebagai akibat membuat mereka yang tidak bertanggungjawab.

12.  Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik akan berada Sukan Tahunan kali ke 42 pada bulan Mei.

13.  Pengguna jalanraya terpaksa berbelanja lebih akibat daripada menaikkan kadar tol.

14.  Kempen anti dadah peringkat kebangsaan yang melancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

15.  Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam masa setahun.


Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy