Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Antologi Kuingin Berterima Kasih
KOMSAS Tingkatan 1
Berapa jauh wujud
dengan sifat,
Sejauh lutut dengan
pelipat.
Sarang semut dalam
gelap,
Orang selimut
selalu lelap.
Hitam-hitam pucuk
kawa,
Sungguh hitam
dipandang lawa.
Emas , perak
tembaga suasa,
Malas bergerak
tidak merasa.
Buah sintang buah
senikul,
Satu memegang satu
memikul.
Maksud:
Rangkap 1
Melalui penampilan fizikal (luaran) individu, kita turut dapat melihat
sikap dan perwatakannya kerana dua aspek ini tidak jauh berbeza. Jarak di
antara lutut dengan pelipat sangat dekat (lutut di hadapan kaki manakala
pelikat di bahagian belakang kaki). Jadi, perbuatan dan tingkah laku seseorang
dapat menggambarkan diri, sikap, cara berfikir dan membuat keputusan. Dengan
itu rangkap ini merupakan nasihat kepada masyarakat supaya menjauhi sifat atau
sikap buruk.
Rangkap 2
Rangkap ini menyatakan bahawa orang yang berdiam diri, tidak melakukan
sebarang pekerjaan akan ketinggalan. Sikap malas perlu dijauhi. Dalam erti kata
lain, orang yang tidak produktif, akan rugi kerana mensia-siakan masa.
Rangkap3
Orang yang memiliki kuliy hitam tetap kelihatan cantik dan ada
keistimewaannya. Sebarang kekurangan dalam diri tidak akan menjadi masalah
sekiranya kita bijak menutupnya dengan kebolehan dan keistimewaan lain.
Meskipun mempunyai kelemahan, kita tetap akan dipandang mulia sekiranya
mempunyai ciri-ciri baik dan terpuji.
Rangkap 4
Individu yang malas berusaha tidak akan berpeluang menikmati kejayaan.
Mereka sekadar kekal di takuk lama tanpa sebarang perubahan dan tidak akan
mendapat rezeki yang banyak.
Rangkap 5
Individu yang cekap mampu melakukan dua atau lebih kerja dalam satu
masa. Individu seperti ini bijak memanfaatkan masa dan peluang agar
urusan-urusan yang dilakukan dapat selesai dengan cepat. Selain itu, rangkap
ini boleh ditafsirkan sebagai keadaan dalam komuniti atau masyarakat yang
saling membantu dan bekerjasama.
Nilai
1.
Baik hati
2.
Gigih berusaha
3.
Tolong-menolong
4.
Berfikiran positif
5.
Rajin
6.
Bekerjasama
Pengajaran
1.
Kita hendaklah menanam sifat baik
hati dalam diri dan dijadikan amalan dalam kehidupan.
2.
Kita hendaklah gigih berusaha dalam
mencapai matlamat hidup supaya tidak ketinggalan atau keciciran.
3.
Kita hendaklah
berfikiran positif dan mengelakkan perasaan terlalu merendah diri.
4.
Kita hendaklah rajin berusaha demi
mencapai kejayaan.
5.
Kita hendaklah bijak dalam melakukan
sesuatu pekerjaan agar apa yang dilakukan dapat siap dengan cepat.
6.
Kita hendaklah saling membantu dan
bekerjasama agar kerja yang berat menjadi ringan.