Contoh
soalan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (KBR)
Berdasarkan gambar di bawah. Huraikan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan
tempatan. Panjang
huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Seperti contoh di atas soalan KBR meminta pelajar
menghuraikan pendapat tentang sesuatu perkara dan sejak beberapa tahun
belakangan ini soalan KBR yang berbentuk gambar tunggal amat jarang ditanya,
sebaliknya lebih banyak soalan yang peta minda yang bermaklumat. Oleh
itu, tidak ada sebab karangan pelajar boleh terpesong daripada kehendak
soalan. Selain menanya tentang langkah-langkah……
seperti soalan contoh di atas, soalan KBR juga biasanya menanyakan
tentang;
- punca-punca (sesuatu keadaan/masalah)
- cara-cara (mengatasi
masalah)
- sebab-sebab (sesuatu itu
berlaku)
- kesan-kesan
- kebaikan-kebaikan
- faedah-faedah
- kepentingan-kepentingan
- cabaran-cabaran
- masalah-masalah dan
lain-lain seumpamanya.
Petua
mudah untuk menulis KBR ini ialah
- Pendahuluan/ pengenalan:
Penanda wacana + Tema (ayat tajuk atau
memperkenalkan tajuk secara ringkas dan tulis + Persoalannya
…(KS=Kehendak soalan)…..?
Negara kita kaya dengan pelbagai jenis buah
tempatan yang bukan sahaja sedap dimakan, bahkan juga kaya dengan zat dan vitamin.
Persoalannya apakah langkah-langkah untuk menggalakkan supaya orang ramai
gemar makan buah-buahan tempatan?
- Untuk
isi- huraikan 3 sahaja; Mulakan ayat isi dengan antara sebab /
punca-punca/ langkah-langkah/ kesan-kesan atau antara cara (kalau menggunakan
perkataan antara, jangan diikuti dengan kata ganda, kerana antara sudah
menunjukkan jamak). Lihat cara penulisan KBR di bawah:
Perenggan
2
Antara
…………………….(KS=Kehendak soalan) …… ialah ………………+ …………………..(isi
1)………………………………………………………………………… Saya berpendapat demikian kerana……………..atau Hal
ini penting supaya………………………………………………………………………Contohnya,
…………………………………………………………………
Selain
itu, ………………………………………(isi 2)……………………………………………………………………………. Saya berpendapat
demikian kerana………….atau….Tindakan tersebut penting supaya…………………………………………………….
Tamsilnya…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Di
samping itu/ Akhir sekali…………………………………………………..(isi 3)……………………………………….. Saya
berkata demikian kerana…………………… atau ………Langkah/cara tersebut patut dilakukan
supaya……………………………………….
Intihanya/Secara
tuntas, …………..orang ramai akan gemar makan buah-buahan tempatan..jika
…………………………………………………………………, bak kata orang tak kenal, maka tak cinta
………………………….. (masukkan peribahasa/ungkapan menarik/slogan)
Berdasarkan pengalaman mengajar, cara di atas amat
berkesan terutamanya bagi pelajar yang lemah. Biasanya kalau soalan
berkisar tentang langkah-langkah dan cara-cara, penanda
untuk menghuraikannya ialah……supaya. Kalau soalan berkisar tengan
sebab-sebab dan kesan-kesan penanda untuk menghuraikannya ialah kerana.