Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlas diri dalam mencari Ilmu.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan Selepas Berusaha.
 

.

Carian Dalam Blog

TUGASAN CUTI TAHUN BARU CINA 2017 SMKA TUN SAKARAN

 

TUGASAN CUTI TAHUN BARU CINA 2017

SMKA TUN SAKARAN

 

Nama:

Tingkatan:

Antologi:

Tajuk Tugasan:

 

Syarat Tugasan

1.      Tugasan berdasarkan Komponen Sastera yang telah ditetapkan.

2.      Dihasilkan dalam saiz kertas A4.

3.      Tugasan perlulah dihasilkan dengan menggunakan peta pemikiran atau peta minda atau apa-apa bentuk yang bersesuaian.

4.      Sebarang hiasan dibenarkan namun tidak berlebihan.

5.      Input yang perlu ada adalah:

a)      Tema (1 tema sahaja)

b)      Persoalan (sekurang-kurangnya 3)

c)      Gaya bahasa untuk Puisi Tradisional dan Moden SAHAJA (sekurang-kurangnya 3)

d)      Watak dan Perwatakan untuk cerpen SAHAJA (sekurang-kurangnya 3 watak dan setiap watak 3 perwatakan setiap watak)

e)      Latar Masyarakat, Tempat dan Masa untuk Prosa Tradisional dan Drama SAHAJA (sekurang-kurangnya 3 setiap latar)

f)       Nilai (sekurang-kurangnya 3 nilai)

g)      Pengajaran (sekurang-kurangnya 3 pengajaran)

 

6.      Tarikh penghantaran adalah ­­­­­­­­­­­­­­­­­­_____________________

Pantun Dua Kerat (Nasihat) KOMSAS Tingkatan 1

 

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Antologi Kuingin Berterima Kasih

KOMSAS Tingkatan 1

 

 

Berapa jauh wujud dengan sifat,

Sejauh lutut dengan pelipat.

 

Sarang semut dalam gelap,

Orang selimut selalu lelap.

 

Hitam-hitam pucuk kawa,

Sungguh hitam dipandang lawa.

 

Emas , perak tembaga suasa,

Malas bergerak tidak merasa.

 

Buah sintang buah senikul,

Satu memegang satu memikul.

 


Maksud

Rangkap 1

Melalui penampilan fizikal (luaran) individu, kita turut dapat melihat sikap dan perwatakannya kerana dua aspek ini tidak jauh berbeza. Jarak di antara lutut dengan pelipat sangat dekat (lutut di hadapan kaki manakala pelikat di bahagian belakang kaki). Jadi, perbuatan dan tingkah laku seseorang dapat menggambarkan diri, sikap, cara berfikir dan membuat keputusan. Dengan itu rangkap ini merupakan nasihat kepada masyarakat supaya menjauhi sifat atau sikap buruk.

Rangkap 2

Rangkap ini menyatakan bahawa orang yang berdiam diri, tidak melakukan sebarang pekerjaan akan ketinggalan. Sikap malas perlu dijauhi. Dalam erti kata lain, orang yang tidak produktif, akan rugi kerana mensia-siakan masa.

Rangkap3

Orang yang memiliki kuliy hitam tetap kelihatan cantik dan ada keistimewaannya. Sebarang kekurangan dalam diri tidak akan menjadi masalah sekiranya kita bijak menutupnya dengan kebolehan dan keistimewaan lain. Meskipun mempunyai kelemahan, kita tetap akan dipandang mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri baik dan terpuji.

Rangkap 4

Individu yang malas berusaha tidak akan berpeluang menikmati kejayaan. Mereka sekadar kekal di takuk lama tanpa sebarang perubahan dan tidak akan mendapat rezeki yang banyak.

Rangkap 5

Individu yang cekap mampu melakukan dua atau lebih kerja dalam satu masa. Individu seperti ini bijak memanfaatkan masa dan peluang agar urusan-urusan yang dilakukan dapat selesai dengan cepat. Selain itu, rangkap ini boleh ditafsirkan sebagai keadaan dalam komuniti atau masyarakat yang saling membantu dan bekerjasama.

 Nilai

1.               Baik hati

2.               Gigih berusaha

3.               Tolong-menolong

4.              Berfikiran positif

5.            Rajin

6.             Bekerjasama


Pengajaran

1.             Kita hendaklah menanam sifat baik hati dalam diri dan dijadikan amalan dalam kehidupan.

2.             Kita hendaklah gigih berusaha dalam mencapai matlamat hidup supaya tidak ketinggalan atau keciciran.

3.              Kita hendaklah berfikiran positif dan mengelakkan perasaan terlalu merendah diri.

4.            Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.

5.            Kita hendaklah bijak dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar apa yang dilakukan dapat siap dengan cepat.

6.             Kita hendaklah saling membantu dan bekerjasama agar kerja yang berat menjadi ringan.

 

Contoh soalan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (KBR)

 

Contoh soalan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (KBR)

Berdasarkan gambar di bawah.  Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan tempatan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Seperti contoh di atas soalan KBR meminta pelajar menghuraikan pendapat tentang sesuatu perkara dan sejak beberapa tahun belakangan ini soalan KBR yang berbentuk gambar tunggal amat jarang ditanya, sebaliknya lebih banyak soalan yang peta minda yang bermaklumat.  Oleh itu, tidak ada sebab  karangan pelajar boleh terpesong daripada kehendak soalan. Selain menanya tentang langkah-langkah…… seperti soalan contoh di atas, soalan KBR juga biasanya menanyakan tentang;

  • punca-punca (sesuatu keadaan/masalah)
  • cara-cara (mengatasi masalah)
  • sebab-sebab (sesuatu itu berlaku)
  • kesan-kesan
  • kebaikan-kebaikan
  • faedah-faedah
  • kepentingan-kepentingan
  • cabaran-cabaran
  • masalah-masalah dan lain-lain seumpamanya.

Petua mudah untuk menulis KBR ini ialah

  • Pendahuluan/ pengenalan:

Penanda wacana + Tema (ayat tajuk atau memperkenalkan tajuk secara ringkas dan tulis +  Persoalannya …(KS=Kehendak soalan)…..?

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis buah tempatan yang bukan sahaja sedap dimakan, bahkan juga kaya dengan zat dan vitamin. Persoalannya apakah langkah-langkah untuk menggalakkan supaya orang ramai gemar makan buah-buahan tempatan?

  • Untuk isi- huraikan 3 sahaja; Mulakan ayat isi dengan antara sebab / punca-punca/ langkah-langkah/ kesan-kesan atau antara cara (kalau menggunakan perkataan antara, jangan diikuti dengan kata ganda, kerana antara sudah menunjukkan jamak).  Lihat cara penulisan KBR di bawah:

Perenggan 2

Antara …………………….(KS=Kehendak soalan) …… ialah ………………+ …………………..(isi 1)………………………………………………………………………… Saya berpendapat demikian kerana……………..atau Hal ini penting supaya………………………………………………………………………Contohnya, …………………………………………………………………

Selain itu, ………………………………………(isi 2)……………………………………………………………………………. Saya berpendapat demikian kerana………….atau….Tindakan tersebut penting supaya……………………………………………………. Tamsilnya…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Di samping itu/ Akhir sekali…………………………………………………..(isi 3)……………………………………….. Saya berkata demikian kerana…………………… atau ………Langkah/cara tersebut patut dilakukan supaya……………………………………….

Intihanya/Secara tuntas, …………..orang ramai akan gemar makan buah-buahan tempatan..jika …………………………………………………………………, bak kata orang tak kenal, maka tak cinta ………………………….. (masukkan peribahasa/ungkapan menarik/slogan)

Berdasarkan pengalaman mengajar, cara di atas amat berkesan terutamanya bagi pelajar yang lemah.  Biasanya kalau soalan berkisar tentang langkah-langkah dan  cara-cara, penanda untuk menghuraikannya ialah……supaya.  Kalau soalan berkisar tengan sebab-sebab dan kesan-kesan penanda untuk menghuraikannya ialah kerana.

 

 

Berilmu

“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan dengan menjalani hidup orang lain. Jangan terjebak oleh dogma – yaitu hidup dengan hasil pemikiran orang lain.” – Steve Jobs

Beriman

“Teruslah tersenyum, karena hidup adalah hal yang indah dan ada banyak hal untuk disyukuri.” — Marilyn Monroe

Beramal

“Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan arah perencanaan.” - John F. Kennedy